16
Sep
07

‘Harga minyak tidak naik sebab Petronas untung besar’

16-09-2007 03:46:26 PMBACHOK: Keuntungan besar Petronas daripada aktiviti huluan dan hiliran petroleum dan gas, menyebabkan kerajaan mampu menanggung subsidi minyak negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin.

Beliau berkata kerajaan masih mampu mengekalkan subsidi berkenaan walaupun harga minyak dunia meningkat ke paras tertingginya mencecah AS$80 setong pada Khamis memandangkan Petronas meraih untung lebih besar berikutan harga lebih tinggi bagi minyak yang dieksport, jelas beliau.

“Kita bertuah berbanding dengan negara-negara jiran kerana pada akhir tahun Petronas, (sebagai syarikat milik kerajaan) akan membahagi-bahagikan dividen kepada kerajaan,” kata anggota Parlimen Bachok itu mengulas tentang kesan kenaikan harga minyak yang tinggi terhadap subsidi.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin dan menghadiri majlis berbuka puasa di Kampung Keting di sini petang semalam.

Pada majlis itu, seramai 25 orang petani dan penoreh getah menerima wang sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan. Hadir sama ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Jelawat Datuk Dr Ilias Hussain dan Pengurus Besar TNB Zulkifli Abdul Rahman.

Awang Adek berkata walaupun subsidi yang terlalu tinggi memberikan kesan yang tidak baik terhadap kerajaan, namun disebabkan kerajaan sudahpun berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak, ia terpaksa akur dan menanggung beban subsidi itu. BERNAMA


0 Responses to “‘Harga minyak tidak naik sebab Petronas untung besar’”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: