16
Sep
07

HOI, APA CERITA NI: Hanya 10% hotel di Selangor dapat sijil halal

Berita KOMEN: Kenapa JAIS, JAKIM berlembut sangat soal halal-haram makanan orang Islam? Kenapa penguatkuasa seperti tak sampai hati untuk ambil tindakan sedangkan sudah berapa banyak makanan haram ditelan orang Islam tanpa sedar?

Oleh Wan Jailani Razak
Berita Harian

SHAH ALAM: Hanya empat daripada 30 hotel di Selangor yang melepasi kriteria mendapatkan sijil halal, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau berkata ia menunjukkan sikap sebahagian besar pengusaha hotel tidak mempedulikan kepentingan penyediaan makanan halal untuk umat Islam.

Malah, katanya, masih ramai umat Islam memilih makan dan minum di hotel yang tidak mendapat sijil halal Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Pada setiap Ramadan, banyak promosi dibuat oleh hotel dan pusat peranginan untuk umat Islam berbuka puasa di tempat mereka.

“Sedangkan pada hakikatnya, sebahagian besar pengusaha terbabit tidak memiliki persijilan halal. Jangan sampai kita mengadakan penguatkuasaan sehingga timbul sesuatu tidak menyenangkan mereka.

“Justeru, kita beri waktu dan ruang sepenuhnya untuk mereka meningkatkan kualiti penyediaan makanan sebelum mendapatkan persijilan halal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Wacana Minda, di sini , semalam.

Pada program itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman menyampaikan ceramah bertajuk Perkembangan Terkini Industri Halal di Malaysia Khususnya di Selangor.

Ditanya punca permohonan pengusaha hotel ditolak, Abdul Rahman berkata, sebahagian mereka tidak faham kaedah mengasingkan dapur mengikut syariat Islam dan sudah berbelanja besar dalam hal itu.

Sehubungan itu, beliau meminta pengusaha hotel mendapatkan khidmat nasihat Jais terlebih dulu sebelum mengemukakan permohonan.

Tahun lalu, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jais memberikan status halal kepada enam premis makanan/hotel, 52 produk makanan dan barang gunaan serta empat rumah sembelihan.

Sementara bagi tempoh Januari sehingga kini, dua premis makanan/hotel, 68 produk makanan dan barang gunaan serta enam rumah sembelihan diberikan status halal.

Abdul Rahman berkata, berdasarkan statistik itu, kesedaran di kalangan pengusaha produk dan barang gunaan mengenai kepentingan persijilan halal masih pada tahap minimum.

Katanya, mereka mungkin tidak menganggap persijilan halal isu penting kerana tidak pernah berasa tergugat dan mudah memasarkan barangan kepada pengguna.


0 Responses to “HOI, APA CERITA NI: Hanya 10% hotel di Selangor dapat sijil halal”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: