16
Sep
07

Peniaga Melayu berisiko alami kerosakan iman di bulan Ramadan

15-09-2007 09:15:53 PMSEREMBAN:  Golongan peniaga Melayu diingatkan supaya tidak menaikkan harga semasa berniaga di bulan Ramadan kerana tujuan sebenar berjual beli dalam bulan yang mulia ini adalah untuk menyediakan juadah orang berbuka puasa.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata peniaga Islam yang menjual makanan dengan harga sehingga berlipat ganda hanya akan merosakkan iman mereka dan keberkatan berpuasa pada hari itu.

“Kalau daging ayam naik sehingga RM6 sekilo pun, tidak perlulah kita jual ayam percik sampai RM4.50. Saya menyeru kepada sesiapa sahaja, janganlah ambil keuntungan yang keterlaluan pada bulan puasa,” katanya ketika melancarkan Bazar Ramadan peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pelancongan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri membuka ruang untuk berniaga pada bulan Ramadan dengan menyediakan 2,278 gerai di seluruh negeri.

Sekiranya gerai yang diusahakan sepanjang Ramadan ini berjaya, Mohamad meminta peniaga terbabit agar memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan secara serius.

Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi itu menyediakan pelbagai juadah dengan penyertaan kira-kira 200 buah gerai.

Hari ini, sebanyak 200 periuk besar digunakan untuk memasak bubur lambuk sebagai juadah percuma yang diberi kepada orang ramai. Periuk besar yang ditaja oleh Kementerian Pelancongan itu kemudian disedekahkan kepada masjid-masjid di negeri ini. BERNAMA


0 Responses to “Peniaga Melayu berisiko alami kerosakan iman di bulan Ramadan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: