17
Sep
07

Peristiwa Batu Burok akibat pembesar hilang kawalan? – Ruhanie

Abdul Aziz Mustafa
Mon | Sep 17, 07 | 3:32:03 pm MYT
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) – Dalam pertanyaan yang dianggap ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad mempersoalkan, adakah peristiwa peluru hidup di Batu Burok 8 September lalu adalah implikasi dari kewujudan pembesar yang kelihatan seakan-akan sudah hilang kawalan terhadap destini negara?

“Inikah akibatnya permainan politik setengah masak? Inikah kesannya politik “baling batu sembunyi tangan”? Inikah implikasinya bila ada pembesar yang kelihatan seakan-akan sudah hilang kawalan terhadap destini negara?” tanya bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam itu.

Kepada pihak yang membaling batu sembunyi tangan, beliau mengingatkan, bagaimanakah jika kebenaran suatu hari nanti akan menafikan segala-galanya yang sedang diheboh-hebohkan?

“Berapa lama lagikah rakyat jelata perlu dihidangkan dengan keadaan seperti ini. Dan, bagaimanakah jika kebenaran akan suatu hari nanti menafikan segala-galanya yang sedang diheboh-hebohkan oleh pihak-pihak yang kelihatan sedang cemas oleh kekhuatiran kehilangan kuasa?

“Lantaran itu, tidak murnikah kalau impak peristiwa di Batu Buruk itu ditangani secara lebih ikhlas, teliti dan bijaksana oleh pihak berkuasa?” Ruhanie mempersoalkan.

Beliau sebelum itu melahirkan kebimbangan tentang kemungkinan peristiwa tersebut akan menjadi lebih buruk kesannya.

“Siapa boleh menafikan bahawa peristiwa di Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu, Sabtu lalu, tidak akan jadi lebih buruk impaknya?

“Saya jangka escalation peristiwa itu akan dilakukan oleh PAS. Tetapi, rupa-rupanya, Umno sendiri yang memulakannya,” katanya.

Peristiwa itu juga, katanya, menyebabkan imej Malaysia sedang disorot scara negatif. Agensi berita asing, kata beliau lagi, nampaknya masih belum puas dengan ulasannya terhadap peristiwa itu.


0 Responses to “Peristiwa Batu Burok akibat pembesar hilang kawalan? – Ruhanie”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: