21
Sep
07

Berbuka di hotel hukumnya harus: Dr Abdullah

Ni apa punya pendapat pulak ni?Macam macam punya pendapat dari macam macam jenis ulamak upahan.

Yang Hadhari la …. yang tak Hadhari la ……. macam macam!

Terlampau banyak sangat ‘bijak pandai’ tentang ugama pun akan jadi macam macam cacamerba maknenek akan keluar dari mulut-mulut puak-puak yang mengaku ulamak kononnya. Padahal disegi amalan dan ibadat dan tindak tanduk mereka lebih kepada kepura-puraan saja. Cakap tidak serupa bikin. Pandai berkhutbah saja, hukum itu hukum ini, diri sendiri tidak meyakinkan langsung. Sekadar ada title Dr didepan nama saja belum cukup boleh meyakinkan umat. Itu pun banyak dijual dipasaran terbuka (macam di pasar malam saja standardnya). Tiada nilai. No value.

Tak payah nak menyanggah pendapat para ulama yang lain yang lebih berkaliber dari diri awak sendiri. Kerana awak bercakap untuk menjaga kepentingan ‘tuan yang membayar upahan’ semata-mata, dan juga kepentingan puak-puak yang ada kaitan. Bikin orang menganggap diri awak sendiri yang bodoh dan jahil.

Kalau mampu kerana hasil wang rasuah dan penyelewengan kira okeylah untuk membazir dalam bulan puasa ni ya? Ini disebabkan berkemampuan disegi kewangan (dari sumber rasuah dan penyelewengan  –  easy come easy go) mungkin boleh diterima pakai dalam konteks Islam Hadhari. Memang berkemungkinan besar pun. Hasil dari sumber sebegitu pun dikira berkat juga. Istilah Arab kata ‘barakhah’. Betul tak Dr falsampah ?

atau Dr full of sampah?

anti pura-pura

Berbuka di hotel hukumnya harus: Dr Abdullah
20-09-2007 05:02:24 PM

KUALA LUMPUR:  Berbuka puasa di hotel harus hukumnya dalam Islam asalkan individu berkenaan mampu dan tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk atau membazir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin.

“Berbuka puasa di hotel dibolehkan bagi mereka yang mampu. Tidak perlulah untuk menghangatkan isu ini kerana hukumnya dalam Islam adalah harus dan ia tidak sepatutnya diperdebatkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kewangan dan peralatan perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat beberapa ulama bahawa berbuka puasa di hotel tidak digalakkan kerana bulan Ramadan bukan pesta makanan yang membazir tetapi ia bulan berjimat-cermat.

Para ulama juga berpendapat bahawa jika seseorang itu berbuka puasa di hotel dengan tujuan kemegahan, menunjuk-nunjuk atau untuk membangga diri, ia diharamkan.

Abdullah berkata jika seseorang individu itu berkemampuan dari segi kewangan maka tidak salah untuk berbuka puasa di hotel asalkan ia dilakukan untuk tujuan baik.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan mereka yang kurang berkemampuan supaya berjimat agar wang yang ada itu boleh dibelanjakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Abdullah menasihatkan orang ramai supaya berbuka di premis yang mempunyai logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Terdahulu, Abdullah yang juga pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM250,000 dan peralatan perubatan bernilai RM79,700 kepada HUKM.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan pengarah HUKM Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak.

BERNAMA


0 Responses to “Berbuka di hotel hukumnya harus: Dr Abdullah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: