21
Sep
07

Nurin dibiarkan mati kerana Polis lebih suka bersandiwara di Batu Buruk

Dewan Pemuda PAS Wilayah (Pemuda PAS WP) mengucapkan takziah kepada keluarga Nurin Jazlin Jazimin, 8 yang disahkan meninggal dunia setelah menjadi mangsa pembunuhan kejam. Mayatnya yang disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) semalam begitu menyayat hati seluruh rakyat negara ini. Gadis sunti ini, dilaporkan hilang pada 20 Ogos yang lalu dan mayatnya ditemui didalam sebuah beg sukan dihadapan sebuah premis di PJS 1 pada pagi 17 September baru-baru ini.

Kes ini membungkam perasaan seluruh rakyat yang kini sedang meratapi pemergian seorang gadis comel yang tidak berdosa.

 

Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Nurin telah pergi meninggalkan kita semua. tetapi pemergiannya akan menjadi sia-sia jika kita gagal mencari pembunuh kejam yang melakukan perkara terkutuk ini. Keceriaan yang dilalui oleh keluarga Nurin pada Sambutan Hari Raya yang lepas, pasti tidak akan berulang lagi pada tahun ini.

 

Bagi Pemuda PAS WP, kes ini adalah kes Nasional dan pihak Polis perlu bertindak pantas bagi memburu penjenayah yang paling dikehendaki oleh masyarakat ini. Kehilangan Nurin telah lama dilaporkan, tetapi kes ini seolah-olah baru bermula. Pihak Polis hanya menubuhkan pasukan khas bagi mencari Nuri pada 3 September lepas, iaitu setelah 15 hari Nurin dilaporkan hilang. Namun yang ditemui hanyalah sebuah beg berisi mayat.

 

Pemuda PAS WP, hairan bagaimana Polis Cawangan Khas (SB) yang dikatakan antara yang terbaik dirantau ini berkerja. Mereka lebih rajin mengunjungi ceramah-ceramah pembangkang berbanding keluar mencari penjenayah yang menculik, mendera dan membunuh Nurin. Mereka lebih handal bagi mencetuskan rusuhan di Batu Buruk, Terengganu berbanding menyelesaikan kes Nurin ini.

 

Kejadian yang dilaporkan di Kuala Lumpur ini bukanlah yang pertama kerana kes penculikkan 2 orang kanak-kanak di Kg. Baru dan Chow Kit telah berlaku sebelum kes Nurin lagi. Kedua-dua kes tersebut juga mempunyai modus operandi yang sama walaupun mangsa ditemui dalam keadaan hidup tetapi belum diselesaikan hingga kini.

 

Pemuda PAS WP yakin bahawa kes ini dapat diselesaikan segera jika Polis benar-benar serius menumpukan siasatan pada kes ini. Kes ini melibatkan kepentingan awam dan kita tidak tahu siapa lagi yang akan jadi mangsa penjenayah itu selepas ini.

 

Dalam laporan Ketua Polis Negara hari ini, pihak Polis yakin bahawa mereka telah menemui dan sedang mengekori seorang suspek setakat ini. Diharapkan polis dapat bertindak segera dan tidak sekadar bermain sandiwara dalam media.

 

Kita tidak mahu penjenayah ini terlepas sama seperti Ketua Ajaran Sesat Hinddu yang beroperasi di Damansara sebelum ini. Dalam kes tersebut, Polis bermain sandiwara di dalam media sambil mengatakan mereka sedang mengumpul maklumat dan sedang mencari peluang yang sesuai untuk menangkapnya, akhirnya Ketua Ajaran Sesat itu lari ke luar negara.

 

Cukuplah sandiwara itu, kita mahu penjenayah ini ditahan segera!

 

Pemuda PAS WP juga menyeru kepada orang awam untuk memberikan kerjasama bagi memburu penjenayah tersebut. Apa yang penting, setiap ibu bapa perlu berhati-hati dan meningkatkan penjagaan kepada anak-anak mereka khususnya yang masih kecil. Mereka tidak boleh dibiarkan bersendirian tanpa muhrim atau penjaga walau dimana mereka berada.

 

Jika ibu bapa ingin membawa mereka ke pasar atau pusat beli belah, anak-anak ini perlulah berjalan dihadapan mereka bukan dibelakang. Kadang kala ibu bapa terlepas pandang dalam menjaga keselamatan anak-anak mereka dan menyebabkan anak mereka menjadi mangsa penjenayah yang tidak berhati perut ini.

 

Pemuda PAS WP berdoa semoga Allah memberikan petunjuk untuk kes ini diselesaikan. Oleh itu, Pemuda PAS WP menyeru kepada semua pihak agar mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah bagi kita menghentikan dan menangkap penjenayah tersebut dengan segera.

 

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


0 Responses to “Nurin dibiarkan mati kerana Polis lebih suka bersandiwara di Batu Buruk”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: