25
Sep
07

Kenapakah Ketua Hakim Negara Berbisik Kepada Nazri?

(Why is the Chief Justice whispering to Nazri?)
Oleh P Ramakrishnan  – Laman M@RHAEN


Adalah memusykilkan kenapa Ketua Hakim Negara Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim enggan memberikan respons kepada MalaysiaKini apabila ditanya mengenai rakaman perbualan Lingam. Jawapan beliau cuma: “Tidak ada komen”. Apakah maknanya? Ini hanya menggalakkan pelbagai bentuk spekulasi.Apabila beliau enggan menjawab dengan berterus-terang, dia hanya menggalakkan rakyat Malaysia mempercayai betapa dia adalah orang yang berada di hujung talian perbualan bersama Lingam.

Kalau beliau bukannya insan yang menjadi rakan perbualan Lingam, beliau sepatutnya menafikan dengan tegas serta-merta dan menghentikan permainan teka-teki itu. Tetapi tidak pula itu yang dilakukannya. Rakyat Malaysia kini termangu-mangu bertanya kenapa dia tidak bersuara lantang berkata bahawa dia tidak ada kena mengena dengan rakaman perbualan Lingam dan dia tidak pun ada kaitan walau secebis mana pun dengan perbualan tersebut? Bukankah penafian sedemikian menjadi reaksi spontan seseorang yang telah difitnah?

Ahmad Fairuz bertanggungjawab membuat penjelasan ini kepada seluruh negara. Adalah menjadi tanggungjawab beliau membersihkan nama dan menegakkan martabat kehakiman negara dan bukannya secara-senyap-senyap beliau telah menelefon Mohd Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menafikan bahawa beliaulah “insan yang terlibat berbual dengan peguam V.K. Lingam.” Apa perlunya dia menjelaskan keadaan kepada Nazri dan bukannya kepada rakyat negara ini? Apakah dia beranggapan bahawa Nazri itu insan yang lebih penting berbanding rakyat negara ini? Apakah dia memperlekehkan rakyat?

Dalam rakaman perbualan Lingam, orang yang berada di hujung perbualan itu telah mendengar kata-kata Lingam yang menyebut: “Sebagai seorang tua, dia sudahpun berusia 76 tahun, dan kerap mendengar bisikan di mana sahaja, dan kalau anda tidak berbisik pun dia akan dipengaruhi oleh pihak yang di sebelah sana..” Apakah Fairuz mengikuti nasihat ini dan memilih untuk berbisik kepada Nazri? Apa perlunya dia berbisik dan bukan bersuara lantang dan terang bahawa dialah manusia di hujung talian perbualan bersama Lingam; untuk membolehkan semua orang mendengar apa yang mahu diperkatakannya?

Kenapakah dia tidak bercakap secara terus kepada rakyat yang menjadi mual dengan wujudnya pita rakaman perbualan Lingam. Kenapa dia memerlukan pihak yang ketiga? Kenapakah dia memerlukan seorang utusan pula untuk menyalurkan cebisan berita ini?

Kenapa pula Nazri bertindak sebagai seorang utusan untuk memberitahu seluruh dunia bahawa Lingam bukannya berbual dengan Fairuz? Apakah dia tidak mampu menasihati Fairuz untuk berhubung secara terus kepada rakyat yang begitu ghairah menantikan jawapan daripada mulut Fairuz?

Kita masih menunggu daripada mulut Fairuz. Lagi lama di melengahkan keadaan, lagi sukar keadaan itu untuk beliau meyakinkan rakyat yang termangu memikirkan apakah alasan yang sedang dirancang buat sementara waktu itu.


0 Responses to “Kenapakah Ketua Hakim Negara Berbisik Kepada Nazri?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: