26
Sep
07

Tazkirah Untuk Khir Toyo

Oleh MNI  (Laman M@RHAEN)


Salam Romadhon Fasa Kedua,
 
Hari ini kita sudah memasukki fasa kedua Romadhon dinamakan fasa Keampunan. Kita berdoa semuga semua umat Islam diampunkan Allah termasuk mudah-mudahan bagi diri saya dan Menteri Besar negeri saya Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
 
Romadhon sangat besar anugerahnya dan nampaknya semua orang tak kira hijau atau biru, kuning atau merah, kelabu atau apa-apa warna sangat tekun mengambil peluang dalam romadhon ini . Ada yang datang awal ke surau dan masjid dan jika di lakukan solat tarawikh 20 rakaat bagaimana cadangan Menteri Besar negeri saya, maka apabila 8 rakaat selesai, tinggal 1/4 sahaja jemaahnya . Apa pun yang lebih penting bukan bilangan, yang lebih penting ialah melakukan nya , berbanding yang tidak melakukan nya langsung. Tidak melakukan tarawikh juga masih lebih baik berbanding jika buat maksiat atau langsung tidak solat.
 
Dalam Tazkirah yang baru saya ikuti ustaz menerangkan kenapa sesetengah umat Islam buat tak tahu perkara lain yang jauh lebih berat dan lebih wajib, bukan sunat bahkan wajib. Umpamanya sesetengah orang menegur sesama nya kerana tidak bertarawikh tetapi tidak menegur kerana sahabatnya tidak menutup aurat. Menutup aurat wajib tarawikh adalah sunat. Ini kerana tarawikh sudah dianggap sebagai ibadah budaya apabila romadhon. Walau apa pun masih lebih baik bagi yang melakukan nya walau apa niat nya cuma kena lah lebih di fahami perbezaan dan keutamaan antara WAJIB dan SUNAT.
 
Saya yang kerdil ini ingin memberi maklumat supaya di Romadhon akan datang Menteri Besar negeri saya ini ambil perhatian bahawa yang di arahkannya supaya umat Selangor buat 20 rakaat dan tiada tazkirah, ambil tahu ada nas yang mengatakan tarawikh adalah 11, 13, 21, 23, 36 bahkan 39 rakaat. Sebenarnya saya tiada niat menghina Menteri Besar negeri saya ini kerana maklumat ini tersangat mudah di dapati di zaman internet , saya kira tersangat mudah untuk beliau merujuk di mana-mana kerana saya pun hanya mengambil nya di internet , namun jika ada para pembaca terutama yang ilmu nya lebih tinggi dari saya , jika ada silapnya tulisan dan petikan ini sila lah tegur saya .
 
Jadi Menteri Besar negeri saya tinggal ini bolehlah buat panduan ini untuk Romadhon akan datang atau sekarang ini, bahawa tazkiroh tidak perlu diadakan kerana tarawikh boleh dibuat hingga 39 rakaat. Tidak perlu langsung kita bercakap cakap apa apa langsung kerana kita akan lebih sibuk dengan 39 rakaat itu nanti,  atau arahkan sahaja supaya rakyat Selangor semua nya buat 39 rakaat. Bukan kah ulil amri patut jadi contoh maka lebih afdhol jika beliau sendiri buat contoh ini, sebarkan dalam media .
 
Sebuah surau di Selangor sudah memulakannya.
 
Tidak perlulah hingga perlu merujuk kepada DATO’ HJ. MOHAMMED KHUSRIN BIN H. MUNAWI Setiausaha, Majlis Agama Islam Selangor, kerana beliau lebih sanggup menandatangani arahan menutup surau di kala Allah membuka pintu-pintu Syurga.Panduan Qiyam Ramadhan dan Sholat Tarawih
MNI – 26.09.2007 (M@RHAEN: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


0 Responses to “Tazkirah Untuk Khir Toyo”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: