26
Sep
07

Tolak J/Kuasa Bebas – Tuntut Suruhanjaya Atau Panel!

Kiriman: Badrul Hisham Shaharin (che’GuBard)Laman M@RHAEN


Berikan Sokongan Anda Kepada Petisyen Rakyat MalaysiaToday
(sehingga kini, lebih 12000 sokongan telah diterima)

Semalam, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa satu Jawatankuasa Bebas ditubuhkan untuk menyiasat pendedahan mengenai kepincangan korupsi dalam badan kehakiman negara.

Adalah dengan ini seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan harus menolak penubuhan Jawatankuasa bebas itu. Penubuhan jawatankuasa ini hanya membazirkan wang rakyat (membayar elaun anggota jawatankuasa tersebut dan perbelanjaan sampingan berkaitan) dan cubaan kerajaan cuba menyejukkan kegelisahan dan kemarahan rakyat. Ia hanya cubaan mengalihkan isu tanpa mengambil tanggungjawab jelas.

Perkara ini perkara serius dan amat memalukan negara. Negara diambang krisis ia tidak boleh hanya ditangani dengan mengharapkan sebuah panel yang ditubuhkan oleh kabinet untuk menjalankan siasatan yang sempurna dan bebas berhubung klip video yang mengaitkan Tun Ahmad Fairuz. Penubuhan sebuah panel bebas tidak mencukup kerana ia tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menjalankan siasatan secara berkesan.

Ketika di ambang krisis kita harus rujuk semula kepada perlembagaan yang kita junjung selama ini.

Jika Perdana Menteri atau kabinat Malaysia punya maruah seharusnya mereka bertindak lebih berani dengan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk memperkenankan penubuhan satu suruhanjaya bebas atau tribunal khas seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan.

Contohnya Suruhanjaya diraja yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 mempunyai kuasa untuk memanggil saksi, mewajibkan kehadiran dan menyediakan imuniti kepada para saksi bagi memastikan keberkesanan siasatan yang dijalan.
Untuk kes seperti kontroversi pendedahan klip video perempuan China kononya dipaksa berbogel dan ketuk ketampi dalam lokap kerajaan begitu serius sehingga mewujudkan Suruhanjaya Diraja. Malah kabinet bertindak pantas dan segera tanpa berfikir panjang terus menghantar seorang Menteri untuk merayu kemaafan kerajaan China. Setelah suruhanjaya dibentuk maka siasatan bebas dijalankan sehingga mendedahkan bahawa tahanan tersebut ialah warga negara Malaysia. (Malangnya sehingga kini kerajaan tidak meminta maaf kepada warga negara Malaysia atas kejadian tersebut).

Kenapa ketika mahu memecat Tun Salleh dahulu boleh menubuhkan Tribunal tetapi apabila kini berlaku ‘tragedi’ lebih serius kita takut menubuhkan tribunal.

Sekali lagi rakyat diajak menolak penubuhan suruhanjaya bebas. Rakyat mendesak kerajaan menangani krisis ini berdasarkan perlembagaan yang dijunjung selama ini.
Badrul Hisham,
Sungkonghoe university, Seoul
 
sila baca lanjut di http://chegubard.blogspot.com


Oleh: cheGuBard, Korea Selatan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti keADILan Rakyat
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies, Songkonghoe University,
1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul152-716 South Korea
http://chegubard.blogspot.com
mobile phone : +8210 28975133
profile url : http://chegubard.blogspot.com/2006/12/chegubard-profile.html . 26.09.2007 (M@RHAEN – Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


0 Responses to “Tolak J/Kuasa Bebas – Tuntut Suruhanjaya Atau Panel!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: