27
Sep
07

: Perarakan dari kacamata peguam dan penulis

Thursday, 27 September 2007


Perhimpunan peguam terbesar dalam sejarah Malaysia (lagi foto di dalam)
PERARAKAN  peguam semalam bukan sahaja mengejutkan kerajaan bahkan pihak pembangkang sendiri. Seperti kata Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenaevasan, “Jika peguam berarak, pasti ada yang tidak betul,”.  KLpos.com mengutip dua saksi mata dalam perarakan semalam. Peguam dan ahli politik Lathefa Koya menulis ‘Hari ini saya bangga jadi peguam” manakala penulis serta penganalisis politik terkemuka Mohamad Sayuti Omar atau MSO menulis “Berarak bagai ribuan gagak bersahut-sahutan”.  Gambar kiriman Tan Ah Kow.Hari ini saya bangga jadi peguam

Oleh Lathefa Koya

HARI bersejarah – perarakan atau public yang paling besar oleh peguam dalah sejarah malaysia. Saya rasa amat bangga dengan ketetapan yang diambil oleh Majlis Peguam yang diketuai oleh Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan – telah menunjukkan kepimpinan yang berprinsip dan progresif. Pertama kali juga – peguam secara terbuka berdepan dengan pihak polis walaupun telah dinasihatkan oleh pihakberkenaan untuk batalkan perarakan.

Program tersebut bermula dengan peguam dan orang ramai berkumpul untuk menaiki lima bas yang disediakan oleh Majlis Peguam di Dataran Merdeka jam 9.00 pagi.

Negara ini ada harapan jika golongan  berpendidikan dan professional mula bersuara dan menentang kezaliman. Sebagai seorang peguam, saya rasa ini adalah satu permulaan yang bagus

Sengguhpun begitu, ramai juga yang memilih untuk pergi sendiri dengan berkereta ke Istana Keadilan di Putrajaya. Lebih kurang 10.00 pagi – ramai peguam termasuk pimpinan Majlis telah mula berkumpul di perkarangan Istana Keadilan.Manakala bas-bas yang bertolak dari Dataran Merdeka membawa lebih kurang 200 peguam pula baru sampai di Putrajaya – tetapi  dihalang oleh pihak polis dari pergi terus ke Palaca of Justice.

Tindakan polis jelas menunjukkan mereka telah diberi arahan untuk mematahkan tindakan peguam. Namun peguam-peguam – kebanyakkan muda telah turun dari bas dan telah mula berarak – lebih kurang 3 hingga 4 kilometer  tempat berkumpul di Istana Keadilan.

Isu  klip video  ini sebenarnya bukan isu baru – pihak peguam sudah lama membangkitkan isu kebebasan kehakiman semenjak pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas tahun 1988.

Namun saya percaya oleh kerana video klip – merupakan bukti visual yang sangat efektif untuk menyemarakan tuntutan kebebasan kehakiman.

Para peguam sebenarnya selain daripada tuntutan untuk tindakan segera atas isu klip video ini juga telah menuntut untuk satu suruhanjaya kehakiman (judicial commission) yang akan bertanggungjawab untuk menentukan perlantikan hakim dijalan berdasarkan kriteria yang sesuai, kelayakan yang betul serta tulus – dan bukan perlantikan berdasarkan motif politik.

Ramai hakim yang layak dan kanan telah diketepikan dan hakim-hakim yang dianggap junior dan kurang layak telah dilantik terus menjadi hakim-hakim di peringkat Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Kebanyakkan hakim ini juga telah bersidang di dalam kes-kes yang kontroversi yang memihak kepada kerajaan.

Negara ini ada harapan jika golongan berpendidikan dan professional mula bersuara dan menentang kezaliman. Sebagai seorang peguam, saya rasa ini adalah satu permulaan yang bagus dan hari ini saya bangga menjadi salah seorang dari mereka

Penulis merupakan peguam dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat PKR- Pengarang

LAPORAN KEDUA

Berarak bagai ribuan gagak bersahut-sahutan

Oleh MSO

BERJAYA dan selamat! Itulah yang boleh disimpulkan perarakan menuntut Keadilan dan Membersihkan Badan Kehakiman di Putarajaya yang bermula di Istana Keadilan ke Pejabat Perdana Menteri pagi ini yang berlangsung dalam suasana penuh bersemangat dan komited.

Berjaya kerana perarakan itu dikira yang terbesar diadakan sejak Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri yang melibatkan golongan profesional, khsusnya para peguam. Perarakan yang juga dinamakan, “Berjalan Sambil Menuntut Keadilan” itu, dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia.

Kira-kira lebih 3,000 menyertai perarakan itu yang sebahagian besarnya disertai oleh para peguam. Dengan mengenakan pakaian rasmi peguam; kot hitam bagi lelaki dan skirt hitam bagi perempuan serta setengah melilitkan kain putih di lengan kiri tanda “berdukacita’, mereka berarak bagaikan ribuan gagak lahap penuh semangat sambil meneriakan laungan; “Kami Mahu Keadilan.. Kami Mahu Keadilan … Kami Mahu Keadilan,” bersahut-sahutan.

Berpadu laungan

Apa yang membuat bulu roma tegak berdiri ialah suara dan tuntutan itu berpadu dilaungkan anggota rombongan tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Mereka berarak bagaikan ribuan gagak lahap penuh semangat sambil meneriakan laungan; “Kami Mahu Keadilan.. Kami Mahu Keadilan … Kami Mahu Keadilan,” bersahut-sahutan.

Sambil berjalan berbagai kain rentang juga dipamirkan menyuarakan tuntutan mereka, antaranya berbunyi “Rakyat Hakim Negara,” “Judiciary has gone to the dogs” Judiciary has gone to the drain”, “Selamatkah Kehakiman” dan lain-lain.Sementara kereta yang lalu lalang di sepanjang jalan di Putrajaya masing-masing membunyikan hon sebagai tanda sokongan dam protes mereka terhadap apa yang menimpa badan kehakiman kini.

Perarakan 14 Ramadhan 1428 itu juga turut disertai sama oleh beberapa pemimpin parti politik pembangkang seperti PKR, Pas dan DAP. Antara pemimpin politik yang kelihatan Mohd Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda, Tian Chua, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas dan lain-lain.

Perarakan dan ilham tuntutan Majlis Peguam itu adalah ekoran daripada pendedahan klik video mengenai salah laku seorang peguam yang cuba mengaturkan badan kehakiman negara yang didedahkan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim minggu lalu.

Perarakan itu sepatutnya bermula pada jam 11.00 pagi di mana rombongan diminta berhimpun di hadapan Istana Keadilan (Palace of Justic). Bagaimana pun ia terlewat kira-kira satu jam setengah kerana sebahagian rombongan lambat tiba disebabkan disekat oleh pihak polis.

Rombongan yang menaiki lima buah bas itu sampai di Putrajaya jam 10: 40 ditahan daripada memasuki jalan menuju ke Pejabat Perdana Menteri, dan semua mereka yang menaiki bas itu diminta berjalan untuk menuju ke Istana Keadilan sejauh lebih tujuh kilomter.

Aman dan tertib

Disebabkan menanti rombongan kedua inilah, perarakan menuju ke Pejabat Perdana Menteri tertangguh selama lebih satu jam dan perarakan baru bermula pada kira-kira jam 11.55 pagi.

Kira-kira 200 meter daripada bulatan berhadapan masjid Putarajaya dan Pejabat Perdana Menteri, polis cuba untuk menghalang perarakan, bagaimana pun tiba-tiba mereka berundur dan mengambil tempat dikira strategik, betul-betul di hadapan pejabat Perdana Menteri

Sepanjang perarakan itu walaupun ia dikawal rapi oleh ratusan polis berpakaian seragam dan awam ia berjalan dengan aman dan tertib. Sambil berjalan berami-ramai dalam keadaan santai menuju ke Pejabat Perdana Menteri, jeritan menuntut keadilan terus bergema sesekali latang dan meremangkan bulu roma.

Pasukan polis khabarnya dikerah sejak dari pagi-pagi lagi bagi menjamin perarakan itu berjalan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Setiap ruang, simpang jalan dan jalan utama menuju ke Putrajaya diadakan sekatan jalan raya.

Walaupun di Pejabat Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak ada namun ia dikawal rapi dari segenap penjuru. Waktu ini Abdullah bersama isteri sedang berada di Eropah dalam rangka menghadiri Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Sekurang-kurangnya lima buah trak yang membawa water cannon dan lima buah landrover yang membawa anggota FRU mengiringi perarakan dengan berada di sebelah jalan.

Kira-kira 200 meter daripada bulatan berhadapan masjid Putarajaya dan Pejabat Perdana Menteri, polis cuba untuk menghalang perarakan, bagaimana pun tiba-tiba mereka berundur dan mengambil tempat dikira strategik, betul-betul di hadapan pejabat Perdana Menteri.

Rombongan perarakan sampai di bulatan kira-kira jam 12.45 tengah hari dan mereka beramai-ramai berhimpun secara aman di situ sementara menanti penyerahan memorandum yang dilakukan oleh Pengerusi Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan, Naib Pengerusi Ragunath Kasevan dan dua yang lain.

Sementara menanti penyerahan memorandum selesai, tiba-tiba hujan turun namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat anggota rombongan dan orang ramai. Mereka tetap berdiri tanpa menghirukan hujan dan membiarkan baju seluar basah kuyup. Setengahnya ada berlindung di masjid.

Tanpa semburan

Sebuah helikeptor juga kelihatan berlega-lega di ruang udara memantau keadaan.

Kira-kira jam 1.30 petang Ambiga dan rombongan kelihatan keluar dari perkarangan bangunan pejabat Perdana Menteri untuk bersama rombongan perarakan yang sedang menanti di bulatan hadapan masjid.

Perarakan bersurai jam 2.15 petang dengan selamat dan jaya, tanpa semburan water cannon, pukul memukul dan menumpahkan darah. Namun natijah daripada perarakan sekejap tadi sewajarnya dipadang berat oleh Perdana Menteri kerana ia mempamirkan suatu mesej yang sangat jelas mengenai protes terhadap kredibilitinya!

Penulis merupakan penganalisis politik terkemuka dan menulis lebih 40 buku sejak puluhan tahun lalu – Pengarang


Bantahan dari semua bangsa (jurukamera yang merakam gambar ini lelaki Cina)


Presiden MTUC Syed Shahrir (kaca mata hitam) turut kelihatan. Depan kiri,  Tony Pua


May Day for Justice….


Pemimpin politik dari PKR turut serta


Himpunan terbesar peguam sejak merdeka


Sekeping gambar seribu cerita…


Wakil NGO SOS Damansara turut serta


“Selangkah saya, satu lompatan buat manusia” Angkasawan Neil Armstrong


Presiden Majlis Peguam Ambiga berucap kepada hadirin


SEGAK…Uniform lengkap seorang polis simpanan persekutuan (FRU)


Peguam Amir Hamzah mengetuai perarakan ke JPM


TAHAN LASAK… Peguam berhujan demi keadilan


“Peace” untuk kita…


0 Responses to “: Perarakan dari kacamata peguam dan penulis”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: