27
Sep
07

Polis Myanmar tembak perusuh

aYANGON: Polis Myanmar dilaporkan melepaskan tembakan dan menyembur gas pemedih mata semalam untuk menghalang penunjuk perasaan sami-sami Buddha, memulakan perarakan baru dari penanda utama bandar Yangon.

Diplomat Perancis yang berada di sini dilaporkan berkata polis menembak ke arah penunjuk perasaan dan beliau pasti terdapat beberapa mangsa yang terkorban.

“Polis mula menembak ke ruang udara, tetapi kemudian menghala senjata ke arah penunjuk perasaan. Kami tidak dapat mengesahkan samada adanya mangsa yang terkorban,” kata Emmanuel Mouriez yang dipetik radio Perancis, RTL.

aSementara itu, Reuters memetik sumber hospital sebagai berkata, seorang penunjuk perasaan terbunuh dan lima luka parah dalam tunjuk perasaan di Yangon yang berlaku semalam.

Setidak-tidaknya 100 orang, termasuk beberapa orang sami juga turut ditahan tatkala pihak berkuasa cuba menghentikan demonstrasi terbabit.

Menurut saksi, sekumpulan 200 sami lain yang dilindungi oleh penyokong yang membentuk rantaian manusia, juga dibawa keluar dari Pagoda Shwedagon.

Bagaimanapun, apabila keadaan telah mula tenang, lebih kurang 10,000 sami dan pelajar terus mengadakan tunjuk perasaan, dan melanggar perintah junta tentera mengharamkan perhimpunan.

gLebih kurang 5,000 sami dan 5,000 pelajar turut serta anggota parti pembangkang yang diketuai Aung San Suu Kyi yang dikenakan tahanan dalam rumah, berarak dari kuil Shwedagon ke kuil Sule di tengah-tengah Yangon namun disekat oleh tentera di tengah jalan.

Dalam perarakan berasingan pula, 300 sami menuju ke kediaman Suu Kyi, satu ikon demokrasi Myanmar, dengan diekori terak tentera yang membawa lebih kurang 40 anggota bersenjata, kata saksi.

Kumpulan sami terbabit walau bagaimanapun menggesa penyokong mereka supaya tidak menyertai perarakan itu atau melakukan keganasan.

Dalam pada itu, lebihkurang  1,000 orang berhimpun di sekitar Pagoda Sule berhampiran dewan bandar raya Yangon, kawasan tempat perhimpunan utama bagi bantahan yang memuncak dan menjadi ancaman terbesar kepada pemerintah junta dalam masa 20 tahun.

Askar bersenjata mengepong Pagoda Sule, namun hingga kini mereka tidak mengganggu orang ramai sebaliknya hanya menantikan sekiranya penunjuk perasaan terbabit berarak ke seluruh bandar. – AFP

BERITA LAIN

DEMO DI YANGON JADI GANAS

Askar lepaskan tembakan, sekurang-kurangnya empat terbunuh, termasuk tiga sami Buddha YANGON: Setidak-tidaknya empat orang, termasuk tiga sami Buddha, terkorban dan 100 lagi cedera apabila askar Myanmar melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata untuk menyuraikan para penunjuk perasaan di Yangon, kata satu sumber hospital semalam.

‘Orang-orang itu dibawa ke hospital dengan luka akibat terkena tembakan pasukan keselamatan,’ kata satu sumber di Hospital Besar Yangon.

‘Seorang mangsa mati sebaik tiba di hospital,’ katanya.

fOrang ramai bertempiran mencari perlindungan apabila pasukan polis bersenjatakan cotar menyerang para sami Buddha dan penyokong mereka dekat Pagoda Shwedagon di Yangon.

‘Kami sudah tidak tahan lagi. Kami betul-betul marah,’ kata seorang pemuda yang lari mencari perlindungan bersama rakannya, sementara beberapa orang lain jatuh dalam keadaan berlumuran darah.

Di sana sini orang ramai bertempiaran lari meninggalkan pejabat, kedai dan restoran dalam keadaan kelam -kabut.

‘Tembakan dilepaskan oleh pasukan keselamatan, pada mula ke udara, kemudian ke arah penunjuk perasaan,’ kata Encik Emmanuel Mouriez, seorang diplomat kanan kedutaan Perancis di Yangon, kepada Radio RTL semalam.

Askar dan polis dikatakan melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata ke atas ribuan sami Buddha dan penyokong mereka yang berarak dari Pagoda Shwedagon ke Pagoda Sule di pusat bandar Yangon, semalam.

Sekitar 300 sami Buddha dan aktivis diberkas di Yangon, kata sebuah kumpulan penentang.

bAwal dari itu 17 sami Buddha dilaporkan cedera akibat dibelasah dengan cotar oleh polis pencegah rusuhan dekat Pagoda Shwedagon, kata para saksi.

Para sami yang berarak ke rumah pemimpin pembangkang, Cik Aung San Suu Kyi, semalam menggesa orang ramai agar membiarkan mereka saja yang menentang junta tentera.

‘Kami para sami akan melakukan perkara ini. Harap jangan ikut kami,’ kata mereka.

Seorang pelakon terkenal, Za Ga Na, turut ditangkap kerana menyertai tunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan turut merebak ke bandar Mandalay dan pelabuhan Sittwe.

Di Sittwe, sekitar 15,000 orang, dipimpin sami Buddha dan disertai penduduk Islam, turut mengadakan bantahan antijunta semalam, kata para penduduk.

‘Mereka mahu harga barangan diturunkan dan menggesa diwujudkan perdamaian bagi rakyat Myanmar,’ kata seorang saksi.

Ekoran itu, junta tentera mengenakan perintah berkurung di ibu kota Yangon. Lima trak membawa 20 askar setiap satu berkawal di luar dewan perbandaran Yangon.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bersidang bagi membincangkan krisis yang berlaku di Myanmar, kata Menteri Luar Perancis, Encik Bernard Kouchner, semalam. — AP, AFP, Reuters.


0 Responses to “Polis Myanmar tembak perusuh”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: