27
Sep
07

RTM: Lagi PEMBOHONGAN YANG TERANCANG.

Lagi PEMBOHONGAN YANG TERANCANG.

Aku terkilan melihat perihal gelagat pihak RTM merancang akan satu ‘keputusan’ yang seharusnya adalah pemilihan dari pihak umum (public). Tapi siapa tahu, itu hanya buatan dan rekaan pihak RTM sendiri.

Ini berlaku pada hari Rabu, 26 September 2007 dipenghujung siaran SPM (Selamat Pagi Malaysia) dimana selalunya akan ada tinjauan berupa ‘survey’ melalui undian SMS dari pihak penonton mengikut sesuatu ‘topik semasa’ yang dihebahkan lebih kurang satu jam lebih awal sebelum  keputusan dibuat dipenghujung rancangan tersebut, kononnya hasil dari undian SMS dari para penonton. Keputusan dari hasil undian SMS anjuran RTM tersebut sudah semestinya peratusan yang BERSETUJU melebihi dari yang TIDAK BERSETUJU. Entah ada ke tidaknya respon dari penonton, hanya Tuhan saja yang tahu. Entah hanya segelintir saja atau mungkin hanya dari kalangan mereka sendiri yang dari keluarga kaum puak RTM pun boleh jadi? pun siapa tahu? Itu keputusan tetap meragukan … tidak membawa sebarang erti. Sekadar hanya nak memuaskan sesuatu pihak tertentu mungkin.

Tentang tinjauan ‘survey’ pada hari ini (Rabu 26/09/07) adalah berpandukan kepada tajuk atau topik tentang isu PM mengesyorkan “Sekolah satu sessi” untuk mengelak dari berlakunya pengabaian anak-anak peringkat umur bawah 12 tahun khususnya, dan sekaligus boleh menghindarkan dari berlakunya tragedi kanak-kanak menjadi mangsa ganas, penderaan, rogol dan bunuh yang sering berlaku sekarang.

Namun, distesen TV swasta yang lain telah membuat tinjauan tersebut awal-awal lagi. Dan keputusan undian SMS adalah lebih 80 peratus mengundi ‘TIDAK SETUJU’ akan cadangan PM itu.

Dengan ini, mungkin pihak RTM (yang berperanan sebagai alat jentera dan sudah tentulah menyokong kuat kerajaan, lebih-lebih lagi apabila sesuatu syor itu keluar dari mulut PM sendiri, sebagai ketua mereka). Ini seolah-olah ingin menafikan undian dari pihak yang dianjurkan oleh pihak TV swasta, dan dari pihak NUTP sendiri yang tidak menyetujui akan saranan PM itu, malah menyatakan ianya cuma sesuai pada 10 atau 15 tahun lagi dari sekarang, itu pun asalkan ‘persediaan awal secukupnya’ atas rancangan tersebut harus bermula dari sekarang juga. Kemudian, barulah 10 hingga 15 tahun nanti dapat dilaksanakan.

Untuk menguatkan lagi keputusan dari undian anjuran RTM, sebelum keputusan diumumkan diakhir rancangan SPM tersebut, pihak RTM juga ada merancangkan bualan telefon kononnya hubungan panggilan telefon (juga yang terancang) dengan seoran bekas Ketua Pengarah Pelajaran (kononnya berpengalaman dan sudah cukup mahir dan ‘expert’ dalam selok belok urusan pendidikan sistem persekolahan), sudah semestinya-lah menyokong kuat akan syor dari PM itu. Ini memang telah dirancangkan terlebih awal-awal dari siang-siang lagi mengikut skrip sebagaimana selalu lah. Siapa tak tahu. Ramai orang tahu akan sesuatu bual bicara atau temu-bual dengan pihak umum (public) misalnya semuanya itu mengikut ‘skrip’ jua  – (iaitu teks yang disediakan).

Namun, bukan segala pendapat PM atau apa yang disyor atau disarankan oleh PM itu bernas; tidak semestinya, malah banyak yang hampeh semata-mata hampeh jua. Tapi, sudah tentulah ahli-ahli yang berkepentingan a.k.a ‘pembodek yang totok’ sudah tentu berusaha sedaya upaya untuk menyangkal pendapat umum. Nak jaga maruah ‘boss’ nak katakan.

Begitu juga dalam rancangan SPM sebelumnya ada dibuat tinjauan mengenai kenaikan harga barang (khususnya harga ayam) dipasar. Jelas sekali, kata-kata pendapat dari seorang “jurucakap” Pasar Chow Kit, seorang berketurunan Cina (Tiong Hua) yang terang-terang membaca teks (sudah semestinya disediakan oleh pihak RTM sendiri jika diperhatikan tentang ayat dengan lenggok bahasa yang tertulis, pasti bukan dari si yang membacanya (dengan tidak faseh langsung disegi penuturannya). Kita cukup masak dengan tindak-tanduk apa yang senantiasa di lakukan dan dihidangkan oleh pihak-pihak TV (tak kira lah sama ada RTM atau TV 1 hingga ke TV9 semuanya sama, dua kali lima).

Misalnya: Ramai para ‘tamu’ yang kononnya di temuramah secara sepontan konon, padahal mereka semua telah di buat “arrangement” dan persetujuan terlebih dulu dan lebih awal lagi. Banyak contoh dapat kita lihat seperti temu bual dengan para penonton ‘secara rambang kononnya’ seperti dalam rancangan-rancangan Forum Perdana Ehwal Islam dan sebagainya. Cukup jelas dan ketara sekali, semuanya hanya “fixed” atau ‘terancang’ terlebih awal lagi dengan ungkapan teks yang dibaca mereka hasil dari karya pihak penulisan skrip RTM atau pihak TV sendiri.

Kadang-kadang ada disuatu ketika, hingga seorang mak cik kampung yang tak tahu membaca teks atau skrip yang disediakan oleh pihak wartawan RTM supaya membaca melalui apa yang dibentangkan, maka terpaksa pihak RTM yang dibelakang tabir yang memegang mikrofon terpaksa menyebut dengan kata-kata dari mulut beliau sendiri secara perlahan (namun pihak kita yang menonton boleh dapat mendengarnya) dan si mak cik yang tak tahu membaca teks tersebut hanya mengikut patah-patah ayat yang disebut satu persatu dengan tersangkut-sangkut mengikut saja apa yang diucap secara perlahan oleh pihak crew RTM sendiri. Nampak sangat itu sengaja dibuat-buat. Heran RTM tak terasa yang tembelang mereka begitu ketara sekali.Niat dan tujuan RTM hendakkan pendapat secara rambang dan sepontan dari ‘man on the street’ kononnyalah bagi menunjukkan akan sesuatu tinjauan rambang itu mendapat respon mengikut selera dan kehendak mereka (RTM). Semuanya itu juga hanya lakunan belaka.

Semua ini memang bertujuan untuk mengelabui mata penonton/umum yang kononnya datang dari pendapat dari mereka yang bebas dan tidak dari pihak kerajaan (RTM sebagai alat jentera penyebar maklumat dan propaganda kerajaan). ‘Inforia’ memang sinonim dengan jenamanya juga, iaitu memberi maklumat (info) dengan ikut sesuka hati (ria  =  dengan hati riang ria) di pihak penyebar sendiri (iaitu badan penyiaran RTM).

Kita orang boleh dapat hidu dari apa cara atau bentuk ‘hidangan’ sesuatu yang tidak “natural” dan yang hanya berupa sebagai satu lakunan yang dibuat-buat. Ada kalanya itu pun boleh dianggap sebagai satu bentuk ‘pembohongan’ ataupun segalanya auta belaka.

Itu juga yang dikatakan suatu ‘PEMBOHONGAN YANG TERANCANG’.

Sekian, fikir fikirkan. (pinjam dari seorang pembaca Berita RTM).


0 Responses to “RTM: Lagi PEMBOHONGAN YANG TERANCANG.”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: