28
Sep
07

Eksklusif: Klip video ada sambungan dan dijangka lebih panas

Friday, 28 September 2007

Foto
Anwar sendiri ketuai jentera penerangan PKR berhubung isu ini?

Oleh Helme Hanafi

KUALA LUMPUR: Ada bahagian kedua rakaman perbualan yang kononnya membabitkan seorang peguam terkenal dengan  seorang hakim kanan, dan menurut Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua bahagian kedua tersebut ‘lebih  panas”.  Perkembangan terbaru ini mencetuskan persoalan apakah ini sebahagian daripada strategi yang diatur oleh Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim -individu yang bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Soalan itu KLpos.com ajukan kepada Tian Chua, tanpa menafikan sepenuhnya, kata beliau, “Kita tunggu sehingga kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat perkara ini,”.

Menurutnya, keseluruhan klip video tersebut mempunyai durasi hampir 15 minit.

Sumber memberitahu KLpos.com, Anwar Ibrahim sendiri akan mengetuai jentera ‘serangan’ parti itu ke akar umbi

“Yang didedahkan adalah bahagian pertama iaitu sepanjang 8 minit sahaja, bahagian kedua akan didedahkan apabila tiba masanya nanti,” jelasnya.

Panel bebas tiada kuasa?

Ditanya logik di sebalik menunggu penubuhan Suruhanjaya Diraja tersebut, jelas Tian, panel bebas yang dilantik kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk melindungi saksi.

“Kami perlu memastikan saksi dilindungi sepenuhnya dahulu sebelum membuat pendedahan bahagian kedua ini,” kata beliau.

Ditanya lagi mengenai sejauh mana besarnya implikasi pendedahan bahagian kedua ini, kata Tian, “Ia akan membuktikan bahawa rakaman tersebut adalah tulen dan beberapa perkara lagi yang saya tidak boleh dedahkan pada masa ini,”.

Sementara itu, PKR difahamkan akan ‘all out’ membawa isu klip video ini ke akar umbi.

Kita tidak mahu isu ini menjadi isu Kuala Lumpur sahaja, kami bercadang untuk pergi ke negeri-negeri menjelaskan kepada rakyat mengenai implikasi isu ini kepada sistem kehakiman negara, kata Tian Chua

Sumber memberitahu KLpos.com, Anwar Ibrahim sendiri akan mengetuai jentera ‘serangan’ parti itu ke akar umbi.

“Ada berbagai perkara dirancang termasuk forum, memorandum kepada Raja-raja Melayu, bantahan umum, ceramah, penyebaran risalah, PKR dijangka akan memainkan isu ini sehabis-habisnya,” kata sumber terbabit.

Tian Chua ketika diminta mengesahkan perkara tersebut berkata, memang partinya merancang membawa isu tersebut ke akar umbi.

“Kita tidak mahu isu ini menjadi isu Kuala Lumpur sahaja, kami bercadang untuk pergi ke negeri-negeri menjelaskan kepada rakyat mengenai implikasi isu ini kepada sistem kehakiman negara.

“Kami akan berkerjasama dengan NGO selain mengerahkan ahli kami di semua peringkat bagi tujuan tersebut,” katanya.

PKR kerah ahli jelaskan isu ke akar umbi

Hari ini Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka menyerahkan memorandum berkenaan isu tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Manakala pada tengahharinya, selepas solat Jumaat, Angkatan Muda PKR bersama Pemuda PAS akan mengadakan bantahan aman di Masjid Negara.

Esok pula, Anwar Ibrahim sendiri akan berucap dalam forum “From Nurin To Chief Justice: A Collapse Of Law And Order?” di  Corus Hotel, Jalan Ampang, Kuala Lumpur jam 2.00 petang.

Forum ini yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar turut disertai oleh Tunku Abdul Aziz (Transparency International), Lim Chee Wee (Setiausaha Majlis Peguam) dan Param Cumaraswamy (bekas Pelapor Khas UN).

SEMENTARA ITU, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah semalam hadir ke ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya untuk membantu siasatan berhubung kes skandal video VK Lingam.

Ini adalah berikutan aduan yang dibuat PKR berhubung klip video tersebut Khamis lalu di pejabat BPR Wilayah Persekutuan.

Sivarasa di soal BPR 2 jam

Beliau yang hadir pada jam 11.30 pagi mula disoal siasat oleh Penguasa Kanan BPR, T Thilagawathy selama lebih dua jam.

“Soalan yang ditanya berkisar siapa dan bagaimana sumber video itu diperolehi. Saya cuba jawab yang saya tidak boleh mendedahkan maklumat pemberi sumber video itu di atas faktor-faktor keselamatan,” kata beliau dipetik suarakeadilan.com.

Katanya, beliau ada menceritakan secara ringkas kepada Thilagawathy bagaimana proses sumber video itu diperolehi.

“Tetapi nama siapa yang memberikannya tidak didedahkan. Beliau akan tampil jika sudah bersedia,” katanya.

Dalam pertemuan tersebut,  sumber bersetuju untuk mendedahkan klip video selama 8 minit itu. Anwar kemudiannya membuat pendedahan tersebut di pejabatnya 19 September lalu, kata Sivarasa

Sivarasa memberitahu bahawa beliau berjumpa dengan pemberi sumber video dan menontonnya seminggu sebelum pendedahan dibuat kepada media.

“Kemudian beberapa hari kemudian pemberi sumber tersebut berjumpa dengan Anwar dan Anwar menontonnya,” jelasnya.

Menurutnya, beliau berjumpa sekali lagi dengan  sumber pada 18 September lepas.

Dalam pertemuan tersebut,  sumber bersetuju untuk mendedahkan klip video selama 8 minit itu. Anwar kemudiannya membuat pendedahan tersebut di pejabatnya 19 September lalu.

Menurut Sivarasa lagi, beliau turut memberikan salinan transkrip untuk video tersebut bersama-sama beberapa komen kepada penguasa kanan BPR tersebut bagi memudahkan pemahamannya.

“Seseorang yang bukan peguam agak susah untuk memahami isi kandungan perbualan tersebut,” jelas beliau.

Tinjauan KLpos.com di laman Youtube mendapati bahagian pertama klip video itu sudah ditonton lebih 100,000 ribu pengunjung sejak dimasukkan pada 19 September lalu


0 Responses to “Eksklusif: Klip video ada sambungan dan dijangka lebih panas”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: