28
Sep
07

Majlis penyerahan kunci batal, mangsa tsunami kecewa

Mohd Sabri Said
Fri | Sep 28, 07 | 3:35:01 pm MYT
TANJUNG BUNGAH, 28 Sept (Hrkh) – Impian mangsa tsunami untuk menduduki rumah baru Pangsapuri Masjid Terapung menjelang Aidil Fitri ini tidak menjadi kenyataan apabila majlis penyerahan kunci simbolik yang dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak petang semalam dibatalkan atas arahan Umno Bahagian Bukit Bendera.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima ianya berpunca daripada pergelutan politik antara Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Dato’ Ahmad Ismail dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.Akibat persengketaan dalaman Barisan Nasional (BN) mangsa tsunami pula yang menjadi mangsa sedangkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sudah pun selesai menangani masalah harga rumah sama ada RM42 ribu atau RM52 ribu sebagaimana yang dipinta oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Hasil perbincangan kedua-dua pihak kerajaan menetapkan seunit RM42 ribu dan mangsa tsunami hanya perlu membayar RM14 ribu manakala selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

Ini bermakna setiap penghuni perlu membayar 50.00 sebulan dan wang penyelengaraan sebanyak RM30.00 lagi menjadikan kesemuanya RM80.00 sebulan.

Khemah termasuk kerusi dan meja yang siap di pasang dua hari lepas dipunggah semula tengah hari semalam oleh petugas yang mendapat kontrak memasang khemah berkenaan.

Isu pertelingkahan itu dikatakan telah lama berlarutan semenjak Dato’ Ahmad Ismail tidak lagi dipilih sebagai Senator dan menganggotai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang pernah disandangnya dua penggal berturut-turut kerana pernah diisytihar bangkrap.

Bukan itu sahaja malahan pengagihan projek yang tidak sekata juga menjadi punca kenapa Umno Bahagian begitu marah terhadap Parti Gerakan pimpinan Dr. Koh.

Yang DiPertua PAS Bukit Bendera merangkap Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Salleh berkata, begitulah hakikat dalam komponen BN mereka asyik berlumba mencari pengaruh demi politik sempit dengan membelakangkan nasib rakyat yang seharusnya dibela.

“Kejadian itu memperlihatkan sikap BN sebenar. Mereka tidak tulus membantu rakyat sebaliknya sanggup bercakaran sehingga nasib rakyat yang ditimpa masalah diabaikan,” jelasnya.

Oleh itu, rakyat perlu sedar bahawa BN bukanya ‘gah’ tapi sebaliknya parti rapuh maka Barisan Alternatif (BA) yang dijangka merampas beberapa kerusi harus lebih berani bertindak cergas menangani masalah rakyat.

Isu terbaru yang berlaku di Parlimen Bukit Bendera ialah Umno memboikot pemberian sumbangan beras di surau-surau oleh Dr. Koh sebagai hadiah menyambut Syawal. – mns


0 Responses to “Majlis penyerahan kunci batal, mangsa tsunami kecewa”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: