28
Sep
07

MEMO PRU12: PAS Kelantan Depani UMNO Marjin 10% — Bah 1

Oleh Rudin X

a

Siapalah koordinator strategi UMNO? PAS berimej Islamik, UMNO pun teringin nak jadi Hadharik. Tetapi dalam melaksanakan strategi, haru biru sungguh nampaknya UMNO. [i]

Memerhati tajuk berita dan maklumat awam lain, hiba dan terdesak benar bunyinya BN/UMNO sehari dua ini.

  • Melayu tidak peduli soal politik, rungut Zainuddin Maidin [1].
  • Daftar sebelum akhir Oktober untuk layak mengundi PRU 12, gurau Abdul Rashid, pengerusi SPR [2].
  • Tiada pilihanraya dalam masa terdekat, baca Abdullah Ahmad (Badawi) dari “skrip”nya [3], [4].

Serentak itu, dalam perkembangan lain pula, aktivis PAS, parti bakal mengambilalih dari BN/UMNO di Putrajaya telah mengemukakan bukti BN/UMNO telah bermain kotor.

Cubaan ADUN (BN/UMNO) Bukit Tuku import pengundi hantu gagal jerit “manjanik” seorang aktivis PAS [5].

  • BN/UMNO bela puaka Myanmar di Langkawi untuk dijadikan pengundi hantu dedah “Anak perelih” [6] dalam respons kepada coretan Rudin X tentang 70,000 yang bakal “mengundi haram.”
  • Majlis Peguam dengan 2,000 ahlinya asak Kerajaan BN di Putrajaya, itu kita semua tahu [7].

Dan jika Perdana Menteri Boneka seperti “sekala” adanya, pantang berdepan sikit dengan masalah sebesar tahi cicak, akan larilah dia merawat hati di Australia, itu fakta pembaca sendiri pun boleh teka. Tetapi yang terbaru terbang lagi dia ke “rumah suluk” di Australia sempena perarakan Majlis Peguam, mungkin itu tidak ramai pembaca yang perasan [8].

a

Diberi semua perkembangan ini, bagaimanakah prestasi Abdullah Ahmad (Badawi) dan pasukannya dalam PRU 12 kelak? Almaklumlah, diberi pula lebih 90% rakyat Malaysia yang peka politik sudah tidak percayakan beliau itu “Mr Clean.”

b

Darihal tinjauan pendapat di atas, usahlah diragukan sangat keupayaannya untuk “capture” mood semasa warga yang peka tentang isu yang dilontar. Dalam kes survey terbaru di blog ini, walaupun hanya 40+ pelawat memberi respons, keputusan survey itu sendiri telah dilawati lebih dari 3,000 kali. Maksudnya, jika seorang pelawat telah baca keputusan sebanyak 3X, boleh diandaikan 1,000 umat Malaya yang celik IT peka akan isu tersebut. Namun sebagaimana biasa perangai Melayu, terlalu ramai yang segan/malu/takut meluah pendapat secara jujur. Hatta dalam suasana “anonymous.” Kalau tidak begitu, sah keputusan survey disini membayangkan orang Melayu sudah jadi lebih New York dari umat New York — berfe’el “don’t want to get involved.”

Agaknya label apa yang Abdullah Ahmad (Badawi) akan gunakan dalam kempen PRU 12 kelak? “Mr Bean”? Atau mungkin jenamanya disaat itu ialah “Mr No Kuasa”!

Mengapa Rudin ejek Perdana Menteri Malaysia sebagai “Mr No Kuasa”? Ya lah, apa tidaknya. Saf barisan taukeh-taukeh Malaysia lagi berkuasa! Amati perlakuan segala taukeh ayam, taukeh babi, taukeh minyak …
Bersambung.

……………..
http://mimpiboneka.blogspot.com/


1 Response to “MEMO PRU12: PAS Kelantan Depani UMNO Marjin 10% — Bah 1”


  1. 1 andygoblin
    May 1, 2008 at 5:33 pm

    ========
    ========

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
    (THEMENYA TERLAMPAU CANTIK & BOLEH PULA LETAK ADSENSE)

    ========
    ========
    ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: