29
Sep
07

PKR akan dedah baki rakaman video

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mendedahkan baki rakaman video perbualan telefon antara seorang peguam terkenal dengan seorang hakim kanan mengenai urusan pelantikan hakim.Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam baki rakaman video selama enam minit yang merupakan sambungan daripada video yang telah didedahkan pihaknya kepada umum sebelum ini, nama hakim kanan itu adalah jelas disebut.

‘‘Saya difahamkan beliau (hakim kanan) telah menafikan dia terlibat, jadi kita akan mendedahkan baki daripada keseluruhan rakaman video selama 14 minit apabila tiba masa yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel pada forum awam bertajuk Daripada Nurin Kepada Ketua Hakim Negara: Runtuhnya Undang-Undang dan Peraturan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Baru-baru ini, PKR mendedahkan satu rakaman video yang kononnya menunjukkan seorang peguam kanan sedang berbual menerusi telefon tentang usahanya membantu pelantikan beberapa hakim pada 2002.

Rakaman video selama lapan minit itu melibatkan peguam berkenaan membincangkan kemungkinan hakim kanan itu dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudian sebagai Ketua Hakim Negara selain pelantikan beberapa hakim lain.


0 Responses to “PKR akan dedah baki rakaman video”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: