30
Sep
07

Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ?

Analisis Isu Oleh Ruhanie Ahmad

aRakyat amat gembira kerana PDRM sangat bersungguh-sungguh untuk selesaikan sesuatu kes jenayah di negara ini sekarang.

Tetapi, kesungguhan itu perlu dikesali kalau hanya ditumpukan kepada kes-kes berprofil tinggi sahaja. Ia juga wajar dikesali kalau hanya difokuskan kepada kes-kes yang tidak membabitkan pegawai polis atau insan-insan in higher places.

Terbaru sekali, PDRM minta bantuan FBI Amerika Syarikat untuk siasat kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Berita penuh mengenai hal ini boleh diakses melalui link ini.

Apa yang dilakukan oleh PDRM memang sangat baik. Demi kepentingan rakyat jelata. Tapi, adakah ini perlu? Sangat-sangat perlu?

Saya pernah berkhidmat selama empat tahun dengan KDN di awal tahun 80-an. Saya tau PDRM diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik dan paling cekap di Asia. Saya yakin reputasi ini masih kekal sampai ke hari ini.

Kalau begitu, apakah motif sebenar di sebalik PDRM “menggunakan khidmat” FBI “bagi meningkatkan kualiti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam siasatan kes pembunuhan kejam” Nurin Jazlin?

Perlukah seorang pegawai FBI diterbangkan khas ke Malaysia hanya untuk “mengenal pasti fotofit dalam rakaman CCTV” terbabit?

Mungkinkah penglibatan FBI ini untuk mencerminkan betapa rapatnya Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mutakhir ini dengan pentadbiran Presiden Bush? Inikah motif sebenar-benarnya? Atau, adakah agenda lain yang masih belum diketahui umum?

Kalau kes pembunuhan Nurin memerlukan bantuan FBI, bagaimana dengan kes berprofil tinggi mengenai pembunuhan Altantuya? Tidakkah kepakaran FBI diperlukan untuk kes tersebut? Macam mana pula dengan kes pegawai polis melepaskan tembakan peluru hidup tanpa mematuhi Gevena Convention di Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini?

Oleh kerana “fotofit yang diperolehi dari CCTV” terbabit telah diserahkan kepada anggota FBI yang telahpun berada di Kuala Lumpur, adakah ini bermakna PDRM menahan reman empat orang yang kononnya boleh memberikan maklumat lanjut mengenai kes pembunuhan Nurin itu berasaskan kepada hasil kajian awal pegawai FBI ke atas rakaman CCTV terbabit?

Saya terpaksa bertanyakan semua soalan di atas kerana banyak pihak kini berasa sesuatu yang aneh sedang berlaku di negara kita. Keanehan ini jadi semakin ketara kerana membabitkan kuasa asing. Dan, kuasa asing itu pula adalah Amerika Syarikat yang memang mempunyai beberapa motif khusus terhadap Asia Teggara di abad ke-21. Lantaran itu, waspadalah.


2 Responses to “Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ?”


  1. 1 zejerri
    October 1, 2007 at 1:01 am

    Nampaknya Dato ini america phobia.Jangan terlampau phobia Dato.Kemungkinan kita memerlukan kelebihan teknoloji dari america.Dulu dizaman mahathir bolehlah membebel tentang we are the greatest. Tapi itu cuma auta.Mana boleh kelentong rakyat sepanjang masa. Sikit sikit anti amerika.anti singapura.At the end kita anti siapa. Nak ikut seperti zimbabwe yang dimusnahkan oleh Mugabe kawan rapat Mahathir tu.Seperti crook bridge yang pergi nowhere bakkata Anuar.Retirelah Dato. Zaman kau dah tamat.Maghrib dah. Dah nak Isha.

  2. October 2, 2007 at 3:31 am

    tak payah nak bawak ke AS FBI, semua tu apa benda.Please lah.Merdeka dah 50 Tahun,tapi masih gune system lama.Itulah POLIS kalau buat keje setakat melepaskan batuk ditangga aje.Dekat sini di depan mata kita tak segan silu meminta duit perlindungan.Apa itu semua, rasuah…tak payah cakap lah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: