Archive for October, 2007

31
Oct
07

Roboh rumah Rimba Jaya, penduduk kecewa Umno mungkir janji

Nyza Ayob
Wed | Oct 31, 07 | 5:54:34 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) – “Mana perginya Wanita Umno yang berjanji untuk menolong kami. Hingga tiba hari ini, rumah kami dah dirobohkan batang hidung mereka pun tidak nampak,”demikian luahan Zainatun Dasuki dan Rusiah Rashid, mangsa perobohan rumah di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, semalam.

<!––>

Semalam, 274 keluarga bukan sekadar diusir oleh pihak berkuasa tempatan bagai pendatang asing, bahkan nasib mereka tidak mendapat perhatian pimpinan negeri.

ImageJika penduduk India dikunjungi Presiden MIC, Dato’ Seri S. Samy Vellu, mereka hanya dikunjungi Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Dato’ Mohd Mokhtar Dahlan. Bahkan kunjungan seketika cuma tidak mampu mengubat kedukaan mereka.

Jelas Zainatun, tanpa sebarang notis daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tanpa hitam putih daripada pihak berkenaan hanya melalui notis yang diberikan melalui peguam mereka, Teng Chang Kim and Co bertarikh 19 Oktober, mereka diberi tempoh selama seminggu untuk berpindah. Continue reading ‘Roboh rumah Rimba Jaya, penduduk kecewa Umno mungkir janji’

Advertisements
18
Oct
07

FDI naik 52.8 peratus? Kaya aku!

Artikel  Oleh Penarik Beca

Akhbar The Star melaporkan, “FDIs into Malaysia up 52.8% to US$6.1bil in 2006“. Saya tidaklah berkemampuan membuat ulasan cara orang belajar tinggi. Kalau nak ulasan seperti itu, bacalah tulisan Jeff Ooi, “When FDI equals capital flight“.

Kutu tak mengaji ini hanya nak tanya, mana manfaatnya? Gilalah kalau saya kata saya tak dapat sikit pun pelaburan asing tu. Sapa nak bagi kat saya? Orang gila pun tak akan bagi.

Tetapi takkan rakyat jembel macam si kutu ini tak dapat tempias manfaatnya. Saya ulang lagi, tempias. Hanya tempias sahaja. Mana ada tempias apa pun kalau harga barang naik melambung dan kebebasan pula jatuh merudum. Lihat laporan Malaysiakini, “Press freedom: Malaysia’s worst ranking ever“.

Rakyat jembel macam saya hanya meminta keselesaan hidup. Nak minta kemewahan dari kekayaan negara, saya tak kenal dan tak teringin pun nak kenal Khairy Jamaluddin. Yang kami harapkan hanyalah keselesaan hidup. Itu sahaja. Itu pun kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tak boleh bagi. Continue reading ‘FDI naik 52.8 peratus? Kaya aku!’

18
Oct
07

Janji Allah kepada orang beriman

SESUNGGUHNYA Allah telah membeli dari orang yang beriman jiwa raga dan harta berada mereka dengan bayaran bahawa mereka akan memperolehi syurga – mereka membunuh dan terbunuh . Itulah janji Allah yang benar di dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya dari Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jual beli yang telah lama kamu lakukan. (at-Taubah: 111) Continue reading ‘Janji Allah kepada orang beriman’

18
Oct
07

‘‘Kami sedia pindah tetapi…’’

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUIKUALA LUMPUR 17 Okt. – ‘‘Kami sedia berpindah hari ini tetapi selesaikan tiga persoalan terlebih dahulu,’’ demikian reaksi Penduduk Rumah Pangsa Tuanku Abdul Rahman (TAR) atau lebih dikenali sebagai Flat Pekeliling yang didakwa enggan berpindah daripada kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pemindahan Rumah Pangsa TAR, Richard Poh Soon Seng, berkata, tiga persoalan itu adalah seperti berikut. Continue reading ‘‘‘Kami sedia pindah tetapi…’’’

18
Oct
07

Bekas tahanan ISA dapat gantirugi RM2.5 juta

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan agar bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta atas penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari kira-kira sembilan tahun lalu.

Keputusan tersebut menjadikan bekas Setiausaha Eksekutif Pas itu sebagai bekas tahanan ISA pertama yang berjaya di dalam samannya terhadap polis dan kerajaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memerintahkan kerajaan membayar RM1 juta kepada Abd. Malek bagi ganti rugi am kerana penahanan secara salah, gantirugi am bagi kecederaan dan perubatan sebanyak RM500,000 serta RM1 juta bagi gantirugi teladan. Continue reading ‘Bekas tahanan ISA dapat gantirugi RM2.5 juta’

10
Oct
07

Ucapan AidilFitri…

 

Assalamualaikom…

OK sempena aku dah nak balik kg nie jadi inginlah aku ucapkan Salam Lebaran utk semua pengunjung Blog aku ini…Semoga anda semua bergembira dihari Lebaran…

 

dan aku jugak ingin memohon kemaafan kepada semua rakyat malaysia baik dari rakyat M@RHAEN dan sehingga ke PEMIMPIN di atas sana….

 

Salam Aidilfitri…Ampon Maaf diPinta…

TarakNama…

08
Oct
07

Nik Aziz saran hukuman lebih keras terhadap pesalah jalan raya

KOTA BHARU 8 Okt. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggubal hukuman yang lebih keras untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab.Beliau berkata, kejadian kemalangan yang semakin menjadi-jadi di negara ini dilihat berpunca daripada longgarnya pelaksanaan undang-undang dan sikap pemandu yang seolah-olah tidak lagi takut dengan hukuman.

Sehubungan itu, katanya, sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula peraturan yang sedia ada dan menggantikannya dengan hukuman yang lebih keras, semata-mata untuk mendidik.

“Ambil sahaja contoh yang dibuat kerajaan Arab Saudi. Continue reading ‘Nik Aziz saran hukuman lebih keras terhadap pesalah jalan raya’