02
Oct
07

Penternak babi bermain wayang, penduduk demonstrasi lagi!

Zaili Muhammad
Tue | Oct 02, 07 | 11:25:52 am MYT
Masjid Tanah, 2 Okt (Hrkh) – Lebih 1,000 penduduk sekitar Kuala Sungai Baru mengadakan demonstrasi membantah kelewatan operasi pemindahan babi dari kawasan tersebut seperti yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri walaupun telah dilanjutkan tarikh akhirnya beberapa kali.Penduduk yang tidak puashati dengan sikap ‘main tarik tali’ oleh penternak-penternak babi di Paya Mengkuang mendakwa bahawa babi itu dipindahkan dari satu ladang ke satu ladang bagi mengaburi pihak berkuasa.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Masjid Tanah, Rozambri Rokambol, bahawa memang ada usaha di kalangan mereka untuk memindahkan babi, namun masih belum memuaskan hati penduduk kerana banyak lagi ternakan babi itu yang masih belum dipindahkan.

“Kita lihat mereka memindahkan daripada Kandang Man Lok, ke Kandang Paya Mengkuang, kemudian di Kandang Paya Mengkuang, mereka pindah ke Kandang Bukit Tinggi, seterusnya dari Bukit Tinggi ke Londang.

“Pemantauan terus dibuat dari masa ke semasa dan kita tahu pengeluaran babi sama ada dibuat ataupun tidak, kita berjaya mengenal-pasti termasuk nombor pendaftaran kenderaan mereka yang keluar masuk,” kata Rozambri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ujong Padang, Omar Md Nor, beliau mengharapkan kerajaan negeri bertegas dan tarikh 4 Oktober ini merupakan tarikh akhir menyelesaikan masalah babi di DUN Tanjung Bidara dan Kuala Linggi.

“Penduduk rasa kecewa dengan ‘permainan’ penternak babi yang begitu licik dan berjanji hendak mengeluarkan babi mereka, tetapi mereka telah membuat tindakan dengan hanya memindah buat sementara sahaja bagi mengaburi mata penduduk dan kerajaan negeri.

“Tetapi mereka perlu ingat, tindakan mereka boleh dihidu dan diketahui oleh kami dan kita menegaskan kepada penternak-penternak agar mematuhi segala tempoh dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri sepertimana yang telah dipersetujui.

“Siapa yang tidak geram, memang hal ini sangat mendukacitakan kerana pencemaran berlaku, terutama pencemaran air melibatkan laut yang sebelum ini dikenali sebagai kawasan tarikan pelancong tetapi kini sudah kurang dikunjungi,” jelasnya.

Selain itu, masalah di darat juga berlaku apabila mengadakan kenduri ataupun saudara mara yang pulang ke kampung, bau babi ini bertambah kuat sehinggakan orang ‘mengecopkan’ ini kawasan babi, kata Omar yang benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku bagi kedua-dua DUN ini.

Penduduk begitu marah dan mengharapkan kerajaan negeri mengambil tindakan tegas berikutan keengganan penternak-penternak babi itu mengeluarkan ternakan hawain mereka dari kawasan yang ‘disenarai-hitamkan’.

Walaupun tindakan mengeluaran babi itu dibuat setiap hari, namun kesannya masih belum boleh membuatkan penduduk yang bertarung dengan masalah itu menarik ‘nafas lega’.

Abu Seman sebelum ini mengatakan, bahawa sejak operasi pemindahan babi dilakukan di empat kawasan ternakan di Paya Mengkuang, Man Lok dan Bukit Beruang, keadaan bau busuk semakin teruk kerana penternak bermain wayang dengan membawanya dalam lori dan berpusing-pusing di kawasan sekitarnya. – mks.


0 Responses to “Penternak babi bermain wayang, penduduk demonstrasi lagi!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: