04
Oct
07

Haidar akui panel siasat klip video tiada kuasa istimewa panggil saksi

Artikel Oleh Nyza Ayob
Foto Wan Zahari

aKUALA LUMPUR, 3 Okt (Hrkh)- Bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor yang mempengerusi mesyuarat pertama panel untuk menyiasat kesahihan klip video peguam Dato’ VK Lingam hari ini, menekankan bahawa panel tersebut tidak mempunyai kuasa istimewa untuk memanggil saksi memberi keterangan.

Beliau memohon sesiapa yang boleh membantu untuk mengesahkan klip video bertemu mereka secara sukarela.

aHaidar berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hampir tiga jam mesyuarat pertama panel tersebut berlangsung di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Jalan Raja Laut hari ini.

Selain Haidar, dua lagi anggota panel ialah Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mahadev Shankar dan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurut Haidar lagi, setiap saksi hendaklah bertemu dengan ketiga-tiga mereka dan bukan salah seorang daripada mereka.

Sementara itu Mahadev kelihatan jengkel, apabila dikatakan kekurangan kuasa pada penel itu menyebabkan ia tidak boleh mendedahkan kebenaran.

Apabila ditanya sama ada panel tersebut akan memberi perlindungan kepada saksi, jawab Mahadev, ‘kebenaran adalah perisai terbaik, keadilan adalah perlindungan lebih baik’.

Selain itu apabila ditanya sama ada anggota panel akan berjumpa dengan Lingam, individu yang terlibat dengan kontroversi tersebut, jawab Haidar, “jika dia ingin datang… Saya tidak tahu”. Manakala Mahadev pula menimbulkan persoalan kembali kepada wartawan, “Adakah awak tahu dia di mana?'”

ImageSeorang lagi ahli panel, Tan Sri Lee Lam Thye hanya mendiamkan diri sepanjang sidang media berlangsung.

Sementara itu, apabila diajukan persoalan kepada Haidar kenapa pihaknya tidak mahu menerima memorandum yang ingin diserahkan oleh gabungan parti politik dan kumpulan NGO pada awal pagi tadi, jelas Haidar pihaknya bukan tidak mahu menerima tetapi bersedia menerimanya selepas mesyuarat selesai.

“Kami bukan tak mahu bertemu dan terima memorandum tersebut. Tapi tunggu mesyuarat selesai. Jika mereka jumpa sekarang, kita akan terima,”katanya.

Dalam sidang media itu juga, Mahadev turut mengedarkan salinan surat pelantikannya sebagai anggota panel bebas daripada Dato’ Seri Najib Razak.

Surat tersebut menyatakan, bidang tugas panel adalah untuk menentukan kesahihan rakaman klip video yang mengandungi imej seorang peguam bela dan peguam cara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim.

Antara lain surat bertarikh 27 September turut menyatakan panel hendaklah mengikut apa-apa tatacara yang pada hematnya patut dan suai manfaat dan hendaklah mematuhi peruntukan undang-undang. Panel juga hendaklah menyiapkan siasatan dan mengemukakan satu laporan kepada kerajaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pelantikan mereka.

Penyerahan memorandum gagal

ImageTerdahulu, pada kira-kira jam 10.20 pagi, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Latheefa Koya tiba bersama kira-kira 30 anggota keADILan tiba di pejabat Suhakam untuk menyerahkan memorandum kepada ahli panel menuntut supaya panel bebas tersebut digantikan dengan suruhanjaya diraja. Selain Latheefa, turut serta dalam kumpulan tersebut ialah Yap Swee Seng daripada Suaram, Peguam, Amir Hamzah, Florida daripada Tenaganita serta Ketua Penerangan AMK, Lau Teck Hai.

Dengan memegang kain rentang dan poster Haidar yang bertulis ‘Panel bebas tidak bebas’, mereka turut melaungkan ‘Kami mahukan Suruhanjaya Diraja’.

Setelah rundingan diadakan dengan pihak Suhakam, Haidar, Haidar bersetuju untuk membenarkan seorang wakil kumpulan tersebut masuk ke bilik mesyuarat untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Bagaimanapun, mereka menuntut kelima-lima mereka dibenarkan masuk. Sewaktu perundingan diadakan dengan pihak Suhakam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Timbalan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Abu Kasim Mohamad tiba di situ.

Kira-kira 20 minit kemudian, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan tiba.

Sewaktu Abdul Ghani mencelah masuk ke bilik mesyuarat, mereka turut melaungkan ˜Tidak mahu panel bebas, kami mahu suruhanjaya diraja’. Beberapa orang ahli KeADILan tidak teraga-agak menampal di dahi mereka perkataan tertulis ‘Stop Meeting’. – mr

Dari malaysiakini.com

Pita Lingam: Protes di mesyuarat sulung panel bebas

Panel tiga anggota yang ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan klip video peguam Datuk VK Lingam mengadakan mesyuarat sulungnya di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mesyuarat panel yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor itu bermula kira-kira jam 9.45 pagi. Dua lagi anggotanya ialah Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar.

Pada kira-kira jam 10.20 pagi, kira-kira 30 orang dari kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ‘Jawatankuasa Pemandu untuk Membebaskan Badan Kehakiman’ tiba di pejabat Suhakam.

Kumpulan tersebut diketuai oleh anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Latheefa Koya dan Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng.

Kumpulan itu mahu menyerahkan satu memorandum, menuntut supaya panel tersebut menghentikan mesyuaratnya, kerana bidangkuasanya yang terhad dan tidak puashati dengan keanggotaannya.

Setiausaha panel bebas itu, Datuk Abdullah Sani Ab Hamid, yang mengadakan perundingan dengan kumpulan tersebut, kemudiannya berkata, hanya seorang wakil dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat untuk menyerahkan memorandum.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut tidak bersetuju dan mendesak supaya lebih ramai wakil dibenarkan masuk atau Haidar sendiri keluar menerima memorandum itu.

Gagal serah memo

Mereka gagal menyerahkan memorandum itu selepas beberapa pusingan rundingan dengan Abdullah yang memakan masa kira-kira 30 minit kerana kedua-dua pihak enggan beralah.

Ketika kumpulan tersebut sedang berunding – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Timbalan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Abu Kasim Mohamad – tiba di situ.

Bagaimanapaun, mereka tidak dapat masuk ke bilik mesyuarat kerana kehadiran kumpulan berkenaan, dan dibawa masuk ke bilik lain.

Pada jam 10.50 pagi, Gani mencelah masuk ke bilik mesyuarat, melalui kumpulan tersebut, yang melaungkan ‘Tidak mahu panel bebas, kami mahu suruhanjaya diraja’.

Kira-kira 20 kemudiannya, Ketua Pengarah ACA, Datuk Ahmad Said Hamdan tiba di pejabat Suhakam yang sesak dengan para pemberita dan jurugambar.

Bidangkuasa terhad

Bercakap dalam sidang akhbar, Latheefa berkata, tiada gunanya ditubuhkan panel tersebut yang mempunyai bidangkuasa terhad dan tidak mempunyai kuasa untuk mensapena saksi.

Beliau juga mengkritik pelantikan Haidar dan Lee sebagai anggota panel bebas itu.

Menurut Latheefa, Haidar sendiri terbabit dalam skandal krisis kehakiman pada 1988 manakala terdapat lebih 10 kematian pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang masih belum disiasat. Lee adalah pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara.

Yap pula berkata, panel tersebut ditubuhkan tanpa berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Peguam Amer Hamzah Arshad, yang turut hadir, mempersoalkan kesahihan panel tersebut di segi undang-undang kerana ia tidak ditubuhkan menurut sebarang perundangan yang relevan, terutamanya Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

“Hanya kerana penubuhannya diumumkan (oleh Timbalan Perdana Menteri), tidak bermaknanya panel itu sah di segi undang-undang,” hujahnya.

Kumpulan itu beredar dari situ selepas selesai sidang akhbar tersebut pada kira-kira jam 11.15 pagi.

Mesyuarat pertama itu tamat jam 12.45 tengahari.

Bimbang kemungkinan kumpulan itu akan datang semula, Abdullah bertanya kepada para wartawan sebelum membenarkan mereka masuk ke bilik mesyuarat sama ada kumpulan itu masih ada di situ.

Tiada kuasa paksa saksi


Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Haidar (foto) menegaskan bahawa panel bebas itu tidak mempunyai kuasa-kuasa khas untuk memaksa saksi-saksi tampil memberi keterangan.

Menurutnya, panel tersebut meminta mereka yang boleh membantu mengesahkan kesahihan klip video tersebut supaya tampil ‘secara sukarela’.

Ditanya sama ada panel tersebut akan memberi perlindungan kepada para saksi, Shankar answered: “Kebenaran adalah senjata terbaik. Keadilan adalah perlindungan terbaik”.

Anggota panel tersebut juga ditanya sama ada mereka akan memanggil Lingam – individu utama dalam kontroversi klip video tersebut, Haidar menjawab: “Jika dia mahu datang…,” sambil menambah: “Saya tak tahu”.

Shanker kemudiannya mencelah dan bertanya kepada wartawan yang hadir di sidang akhbar tersebut: “Kamu tahu di mana dia berada?”.


0 Responses to “Haidar akui panel siasat klip video tiada kuasa istimewa panggil saksi”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: