04
Oct
07

Lagi cendiakawan sertai KeADILan

dsc04790.JPG

KUALA LUMPUR, 4 Oktober – KeADILan terus menerima keahlian golongan profesional dengan kemasukan seorang profesor di University Of Combodia dan Fellow di Compodian Institute for Cooperation and Peace (CICP), Din Merican.

Dalam satu sidang media mingguan KeADILan pagi ini di ibu Pejabat KeADILan, Din turut memuji KeADILan yang dimana ahlinya komited didalam perjuangan parti untuk dan faktor itu adalah menyumbang.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Sivarasa Rasiah, Setiausaha Agung Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan Tian Chua dan Kordinator Politik Anwar Ibrahim, Sim Tze Tzin.

CICP adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen untuk kemasukan Kemboja ke dalam Asean. Din juga pernah menerbitkan buku bertajuk “Peace and Cooperation in Asean: Alternative Paradigms, London: Asean Press 1997″, bersama Dr Kao Kim Hourn.

Selain itu, beliau kini adalah seorang peneraju kepada sebuah syarikat konsultan yang memfokuskan dalam polisi luar dan berpengalaman di dalam memberi penasihat pengurusan dalam bidang kewangan.

Di dalam kerajaan, Din pernah terlibat sebagai setiausaha bersama Jawatankuasa Intelegensia British-Malaysia semasa tempoh konfrpntasi di Indonesia pada 1963-1965.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bank Negara dan Bank Pertanian.

Wawancara penuh dan profil beliau boleh didapati di Suara Keadilan edisi cetak yang akan terbit pada 8 Oktober ini.


0 Responses to “Lagi cendiakawan sertai KeADILan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: