04
Oct
07

Peluru bukan jawapan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…


Memetik tajuk “Peluru bukan jawapan”, akhbar METRO 1 Oktober menunjukkan betapa berlakunya double standard akhbar kita dalam melaporkan berita. Situasi yang hampir sama, layanan yang hampir sama, dan akhbar yang sama. Namun laporan agak berbeza. Isu PBBB 809 (Peristiwa Berdarah Batu Buruk 8 Sept 2007) dilayan seolah-olah hanya wujud sebelah pihak sahaja dalam peristiwa itu. Apatah lagi kebanyakan akhbar tidak begitu berani melaporkan penggunaan peluru hidup yang dilakukan oleh seorang anggota polis dalam insiden terbabit.

Apa yang lebih menarik pada artikel akhbar berkenaan adalah, betapa pihak keselamatan yang melepaskan peluru hidup disifatkan sebagai BACUL kerana bertindak ganas terhadap orang awam yang tidak bersenjata. BACUL juga kerana mengambil pendekatan BERKASAR dengan rakyat sedangkan masih wujud ruang untuk diplomasi dan perbincangan. Itu adalah gambaran yang diberikan METRO kepada suasana di Myanmar. Bagaimana di Batu Buruk, Terengganu?

Perlu dipersoalkan apakah langsung tidak boleh diadakan perbincangan atau diplomasi dengan pimpinan pakatan BERSIH bagi menyelamatkan suasana pada malam tersebut? Apakah pihak keselamatan tiada pengalaman bahawa sikap keras, maka natijahnya juga adalah kekerasan. Atau mungkin kerana pengalaman itu menjadikan mereka lebih bersedia sepertimana yang dirancang?

Bermakna, melalui pengalaman lalu, jika mahu berlaku huru-hara dalam ceramah pembangkang, maka perlu diganggu dan dihalang ceramah itu. Halangan bukan sekadar sekatan jalanraya, malah turut melibatkan anggota FRU dan provokasi dari SB akan memastikan suasana lebih panas dan lakonan akan lebih real. Mungkin lebih ‘sedap’ jika dikatakan, jika suasana tidak cukup panas dengan air asid dan bom asap, maka lepaskan tembakan peluru hidup bagi mempercepatkan kesan dari orang awam.

Apa yang berlaku di luar negara itu seolah-olah satu gambaran untuk menjawab apa sebenarnya yang berlaku di Terengganu pada 8 September lalu. Apakah kewajaran peluru hidup digunakan, dan apakah layanan pihak keselamatan berada pada tahap yang boleh dipercayai.

Kita hanya membaca gambaran negara kita dari pandangan akhbar tempatan sahaja. Apakah pandangan akhbar luar negara terhadap negara kita? Apakah polis kita dilihat mesra rakyat pada mereka?

Wallahua’lam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://amdang81.blogspot.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


0 Responses to “Peluru bukan jawapan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: