05
Oct
07

Tukaran Hadapan: Klip Video.

Artikel  Oleh MatKeri

Bila bideo seorang menusia yang dikatakan vk lingam disebaqkan dalam internet, aku rasa aku la manusia yang agak peka dengan politik, tapi tak tertarik untuk ambik tau isu ni. kawan2 dok mai refer kat aku bertanya pasai video klip ni. aku tatau nak jawab. sebab aku tak tengok lagi. tapi pemerhati politik macam aku ni kalau jawab tatau, malu. jadi aku terpaksa jadi artis sekejap. jawab no komen.

Tapi aku tau aku tabulih jawab no komen selalu. macam jugak artis, aku kena jugak bagi penjelasan. so aku pun menghabiskan masa melihat klip bideo yang dikatakan vk lingam tu tengah bercakap2.

soalan aku. sapa vk lingam ni?

secara tepatnya, aku tak boleh nak jawab jugak. yang aku tau, bukan pembangkang. tu dah obvious. dengaq dari perbualan, ni jenih yang bulih main tampaq belakang dengan mahadet. so, aku agak, bukan calang2 anak punya menusia ni.

kalau dengaq becakap, dia bulih atoq macam2. datuk seri pun dia bulih tanya mau ka dak. hebat menusia yang depa dok kata vk lingam ni. kalau kot kampung aku dulu, menusia jenih ni tabulih dok melawak main. kalau nak mintak endosmen untuk dapat pinjaman atau biasiswa anak2 masuk unibesti, orang macam ni yang depa akan jumpak dulu. jangan bagi dia maghah ja.. mukalu dia maghah, silap2 sekampung tadak karan ngan ayaq.

kelibat menusia yang dikatakan vk lingam ni dok besembang kot celah henpon. bunyi macam dok atoq jawatan. becakap bahasa inggeris macam bertih jagung, bunyi macam dok buat gheja atoq mengatoq tu hari2. dasyat.. aku kata dasyat. macam ni saja depa dok atoq jawatan dalam tanah melayu aku ni?

bagi aku, mampoih pi la sapa pun yang dikatakan vk lingam tu. aku tamau amik tau. aku malaih nak campoq.

tapi aku lebih tertarik macamana gomen besilat dengan isu yang dijadikan senjata oleh pihak yang bukan kerajaan buat sementara waktu ni. bilamana paklah umumkan bahawa sebuah suruhanjaya khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara ni, aku jadi tekendon.

ait? suruhanjaya khas saja? bunyi skali dengaq memang sedap, “suruhanjaya khas”. macam special. tapi bagi yang penah gheja makan gaji dengan gomen, semua orang tau mukalu jawatan tu ada “khas” belakang tu, maksud kata jawatan tu tadak gheja. saja nak bagi alasan untuk bulih bagi gaji.

tapi ni untuk menyiasat. sat. budak China yang kena tok ketampi dalam jel dulu bulih buat suruhanjaya diraja. anwat kena sedaih kat mata dulu bulih buat suruhanjaya diraja. polis yang dok celaghu mak enon dulu pun boleh dibuat suruhanjaya diraja. SISTEM KEHAKIMAN YANG MENJAGA KESELURUHAN SISTEM KEADILAN DI MALAYSIA HANYA DIBAGI TUGAIH PADA SURUHANJAYA KHAS????

pada pakcik2 yang duduk kat aloq ibuih dengan bukit bunga, ingin aku nak terangkan di sini bahawa suruhanjaya khas tu hanyalah sekompoak manusia yang disuruh siasat, tapi tadak kuasa untuk menyiasat. maksudnya di sini, depa boleh tanya, tapi orang boleh tak jawab. depa bulih panggil dan orang bulih tak mai. dan depa tak bulih buat apa. berbeza dengan suruhanjaya diraja, depa ada kuasa untuk suruh tanya dan wajib jawab. dan bila depa panggil, orang kena mai.

soalan cepu emas : pasaipa suruhanjaya khas, dan bukannya diraja?

jawapan buah dadu : sebab suruhanjaya khas “akan memanggil vk lingam” dan dia bulih tak bagi kerjasama. sebaliknya kalau suruhanjaya diraja, dah pasti vk lingam kena pi. dan kes bulih tegantung macam tu saja.

OK, la ni nak vk lingam becakap ka tamau? rakyat semua nak dengaq. sudah semestinya. pak tam kat padang temusu dengan mak chaq kat paya mengkuang pun nak tau walaupun tak berapa paham sangat isu ni. tapi kalau suspek utama ni becakap, dah tentu dia cakap yang betoi. takkan dia nak kata dia dok becakap sorang2? prektis penyalahgunaan kuasa? atau takkan dia nak kata dia tak rujuk pada individu yang kita sangkakan sebaliknya hanyalah beberapa kawan2nya yang kebetulan mempunyai nama dan jawatan yang sama dengan apa yang kita sangkakan?

dengan adanya suruhanjaya khas, mengelakkan perkara ini dari diketahui ramai adalah amat mudah, dalam masa yang sama menunjukkan bahawa mereka seolah2 prihatin dan ingin menegakkan keadilan. walhal satu malaya tau ni semua drama swasta ulangan siri naik tangga turun tangga.

aku tatau kesudahan cerita ni macamana. tak bulih nak agak macam kes altantuya yang mana jalan ceritanya dah boleh dibanci, macam cerita seniman bujang lapok yang kita dok tengok berulang2. tapi yang ni agak menarik sket. agak saspen. macam filem seram buatan siam. tak tau camana depa nak kilaih. tak bulih nak agak. walaupun kita tau benda ni akan telepaih begitu saja, tapi masih tak pasti macamana kesudahannya.

tapi satu saja yang aku pasti. orang kampung akan tetap mengundi depa lagi…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net


0 Responses to “Tukaran Hadapan: Klip Video.”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: