05
Oct
07

Tumpu atasi jenayah – Gerakan

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Pergerakan Pemuda dan Wanita Gerakan hari ini mahu usaha membanteras jenayah di negara ini dipertingkatkan berikutan kes jenayah yang membabitkan kanak-kanak dan wanita semakin meningkat.Perkara itu ialah antara resolusi yang diluluskan secara berasingan oleh pergerakan Pemuda dan Wanita Gerakan pada persidangan tahunan masing-masing di sini hari ini.

Pada persidangan mereka, Pemuda Gerakan meluluskan tujuh resolusi manakala Wanita empat.

Dalam resolusinya, Pemuda Gerakan mendesak kerajaan supaya meninjau dengan terperinci faktor asas dan latar belakang sosial yang menyebabkan meningkatnya kadar jenayah selain merangka pendekatan berkesan untuk membanteras jenayah.

Pergerakan itu turut menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas membanteras gejala rasuah, memperbanyakkan program membantu golongan miskin di bandar dan luar bandar selain menggesa lebih banyak peruntukan disediakan bagi mendirikan lebih banyak taska prasekolah.

Pergerakan itu juga menggesa kerajaan agar menjadikan semua sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) dan SJK (Tamil) sebagai sekolah bantuan penuh tanpa syarat selain menggesa kerajaan mewujudkan suasana perniagaan yang lebih liberal bagi menarik lebih banyak pelaburan asing.

Wanita Gerakan pula dalam resolusinya menggesa kerajaan supaya meningkatkan keberkesanan pasukan polis dalam membanteras jenayah dengan memastikan rondaan dijalankan dengan rapi dan lebih kerap.

Mereka juga mahu bilangan anggota polis ditambah dan kajian dilakukan bagi mengkaji punca-punca jenayah selain mengambil tindakan segera mengatasinya.

Resolusi lain yang diluluskan oleh Wanita Gerakan ialah menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah mempertahankan matlamat-matlamat bersifat liberal dan demokratik; memastikan jentera pentadbiran negara berwibawa, berintegriti tinggi dan telus selain meminta Kerajaan Persekutuan mengambil langkah-langkah positif bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam struktur kuasa dan membuat keputusan.

– Bernama

Admin: Nampaknya golongan cina dah bersuara akan masalah jenayah dinegara ini dimana telah menegur kerajaan supaya memandang masalah ini dengan lebih serius serta mengambil satu pendekatan terbaik utk mengatasinya..walau bagaimanapon bagaimana pulak dengan golongan Melayu yg mana kelihatan selesa dengan apa yg dilakukan oleh kerajaan  walaupon hakikatnya jiwa memberontak dengan suasana sekeliling yg ada kini…


0 Responses to “Tumpu atasi jenayah – Gerakan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: