08
Oct
07

Nik Aziz saran hukuman lebih keras terhadap pesalah jalan raya

KOTA BHARU 8 Okt. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggubal hukuman yang lebih keras untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab.Beliau berkata, kejadian kemalangan yang semakin menjadi-jadi di negara ini dilihat berpunca daripada longgarnya pelaksanaan undang-undang dan sikap pemandu yang seolah-olah tidak lagi takut dengan hukuman.

Sehubungan itu, katanya, sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula peraturan yang sedia ada dan menggantikannya dengan hukuman yang lebih keras, semata-mata untuk mendidik.

“Ambil sahaja contoh yang dibuat kerajaan Arab Saudi.

“Setahu saya, kalau berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya, akibat kecuaian misalnya, mereka akan rampas lesen dan kenderaan orang yang terlibat.

“Orang sana jadi perit dan hasilnya, kurang berlaku kemalangan di sana,” kata Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas di sini hari ini.

Beliau mengulas pelancaran Ops Sikap setiap tahun pada musim perayaan, tetapi jumlah kemalangan tidak menurun.

Semalam, hari pertama Ops Sikap Ke-13, yang berlangsung selama 15 hari, merekodkan 20 kematian akibat kemalangan jalan raya. – Bernama


0 Responses to “Nik Aziz saran hukuman lebih keras terhadap pesalah jalan raya”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: