18
Oct
07

FDI naik 52.8 peratus? Kaya aku!

Artikel  Oleh Penarik Beca

Akhbar The Star melaporkan, “FDIs into Malaysia up 52.8% to US$6.1bil in 2006“. Saya tidaklah berkemampuan membuat ulasan cara orang belajar tinggi. Kalau nak ulasan seperti itu, bacalah tulisan Jeff Ooi, “When FDI equals capital flight“.

Kutu tak mengaji ini hanya nak tanya, mana manfaatnya? Gilalah kalau saya kata saya tak dapat sikit pun pelaburan asing tu. Sapa nak bagi kat saya? Orang gila pun tak akan bagi.

Tetapi takkan rakyat jembel macam si kutu ini tak dapat tempias manfaatnya. Saya ulang lagi, tempias. Hanya tempias sahaja. Mana ada tempias apa pun kalau harga barang naik melambung dan kebebasan pula jatuh merudum. Lihat laporan Malaysiakini, “Press freedom: Malaysia’s worst ranking ever“.

Rakyat jembel macam saya hanya meminta keselesaan hidup. Nak minta kemewahan dari kekayaan negara, saya tak kenal dan tak teringin pun nak kenal Khairy Jamaluddin. Yang kami harapkan hanyalah keselesaan hidup. Itu sahaja. Itu pun kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tak boleh bagi.

Nak kemewahan, cukuplah kutu ini merayu dan mengemis kepada Tuhan – “Allahumma inni asaluKa biKa wa minKa wa bi haqqil-Quran wa bihaqqi Sayyidina Muhammad wa alihi…”

Kerajaan tak boleh buat perangai seperti sesetengah “tauke haji” yang menjamu orang-orang yang menyertai pakej hajinya dengan makanan seperti masak dengan kaki dan selepas itu tak bagi orang komplen. “Di Tanah Suci ni tak boleh komplen-komplen, ada hadith..” dakwa hamlau-hamlau tu.

Memanglah di Tanah Suci tak boleh komplen banyak. Tapi, makanan yang macam masak dengan kaki tu salah hang! Jangan hang nak letak beban kesalahan kepada Tuhan pula.

Begitu juga kerajaan. Menjamin keselesaan hidup rakyat kerja hang. Jangan hang nak tuding jari kepada orang lain pulak.

Memang terbukti kerajaan tak buat kerja. Hanya berani serbu, tunjuk lagak dan tunjuk bagak kepada peruncit-peruncit, mamak roti canai dan mustadh’afin atau rakyat tertindas sahaja. Segala macam raja, raja gula ka, raja AP ka, raja telekomunikasi ka, raja apa ka, terus menjadi feudal baru yang yang dijulang-junjung oleh kerajaan.

Nasib baiklah harga beras dulu nak dinaikkan oleh Bernas, beranilah kerajaan batalkan. Apa nak herannya, Bernas ditubuhkan oleh kerajaan sendiri berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Bagaimana jika Bernas bebas dari pengaruh kerajaan? Berani ka kerajaan nak halang tindakannya menaikkan harga? Kerajaan memang terbukti pengecut nak mampuih dengan raja-raja yang berdaulat dengan duit itu. Apa kerajaan buat bila harga gula dan tepung naik sebelum ini?

Jangankan dengan raja gula atau raja tepung. Dengan raja ayam pun takut terkecut-kecut.

Berani apa kalau masa raya hari tu ayam pencen pun RM8 seekor? Nak makan rendang ayam pencen pun mahal nak mampuih! Apa selesanya rakyat jembel seperti kutu ini?

Lain-lain: Pedophile was popular – video in Malaysiakita.

Update 1.33 tengah hari:

Kawan saya menghantar email sebagai respon kepada tulisan di atas:

Salam

Impian sebuah negara merdeka:

Rakyatnya ada pekerjaan terjamin

Rakyatnya layak memiliki rumah mengikut taraf pendapatannya

Rakyatnya mendapat pelajaran percuma sehingga ke Universiti- bukan sekadar yuran sekolah yang tak seberapa tu.

Rakyatnya mendapat perkhidmatan kesihatan percuma termasuk yang penyakit kronik seperti sakit jantung.

Yang ternampak dek kita negara kita:

Terlebih program hiburan

Terlebih keruntuhan akhlak

Terlebih bangunan tinggi

Terlebih rasuah

Terlebih AP

Terlebih jenayah

Terlebih TOL

Terlebih harga kontrak kerajaan

Terlebih TIDUR

….
http://penarikbeca.blogspot.com


0 Responses to “FDI naik 52.8 peratus? Kaya aku!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: