18
Oct
07

Janji Allah kepada orang beriman

SESUNGGUHNYA Allah telah membeli dari orang yang beriman jiwa raga dan harta berada mereka dengan bayaran bahawa mereka akan memperolehi syurga – mereka membunuh dan terbunuh . Itulah janji Allah yang benar di dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya dari Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jual beli yang telah lama kamu lakukan. (at-Taubah: 111)HURAIAN

Kemasukan seseorang dalam agama Islam merupakan suatu urusniaga di antara dua pihak, di mana Allah s.w.t., bertindak sebagai pembeli dan orang yang beriman sebagai penjual. Ini merupakan suatu urusniaga dengan Allah s.w.t., di mana seorang Mukmin berjanji tidak akan menyimpan sesuatu apa-apa pun dari jiwa raganya dan harta bendanya untuk dikorbankan kerana Allah s.w.t. dan kerana jihad fi sabilillah supaya kedudukan kalimatullah berada di tempat yang tertinggi dan dengan seluruh ketaatan itu tertentu kepada Allah s.w.t. sahaja.

Di dalam urusniaga ini seseorang Mukmin menjual jiwa raganya dan harta bendanya kepada Allah s.w.t. dengan sesuatu bayaran tertentu iaitu syurga dan bayaran ini sama sekali tidak ada bandingannya dengan nilai barangan yang dijual, malah bayaran ini merupakan sesuatu limpah kurnia yang besar daripada Allah s.w.t..

KESIMPULAN

Sebagai seorang Muslim perlulah mengikuti tatacara hubungan di antara seorang Muslim dengan tuhannya bagi mencapai kesempurnaan hidup begitu juga hubungan sesama Muslim agar sentiasa aman dan damai dan dirahmati Allah.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


0 Responses to “Janji Allah kepada orang beriman”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: