Archive for November, 2007

26
Nov
07

Al Fatihah utk pak husin

Hussein Abu Hassan kembali ke rahmatullahPELAKON watak jahat Studio Merdeka yang cukup terkenal Hussein Abu Hassan meninggal dunia awal subuh tadi di Wad Nefrologi, Hospital Besar, Kuala Lumpur.

Advertisements
26
Nov
07

Hasutan: Tiga pemimpin Hindraf dilepas


  (foto The Star)

Hasutan: Tiga pemimpin Hindraf dilepas
26-11-2007 06:45:18 PM KLANG:  Mahkamah Sesyen Klang hari ini melepas tanpa membebaskan pemimpin Hindraf yang didakwa mengikut Akta Hasutan kerana pertuduhan yang tidak jelas.

Polis nafi ceroboh kuil Batu Caves
Najib: Perhimpunan bermotif politik

26
Nov
07

Usah dibeza PM Malaysia dan Presiden Iran

Oleh Afrar Yunus

Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad tidak perlu dibeza atau dibandingkan dengan mana-mana pemimpin dunia lebih-lebih lagi dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadenijad.

Masing-masing ada gaya pemerintahan tersendiri.

Ahmadenijad tidak suka kepada pembaziran. Presiden Iran itu tidak terlibat dalam apa-apa kejadian memegang atau menyentuh wanita. Pejabatnya dikatakan tidak memerlukan protokol ketat yang menyusahkan bukan sahaja menterinya malah menyusahkan orang ramai untuk bertemu dengannya. Continue reading ‘Usah dibeza PM Malaysia dan Presiden Iran’

26
Nov
07

Tiba masanya boikot media dilancarkan semula

Tidak ada sebab mengapa upaya menentang monopoli maklumat pihak BN kali ini tidak boleh lebih berhasil daripada inisiatif pada tahun 1999 itu – dan memang sepatutnya dilaksanakan dalam semangat meneruskan kejayaan perhimpunan rakyat 10 November tersebut.


Oleh Rustam A Sani
Mingguan Siasah 25 Nov 2007

Perhimpunan rakyat pada 10 November lalu telah dengan jayanya mencatatkan bantahan rakyat terhadap suatu kecacatan besar dalam sistem demokrasi negara ini: pilihanraya yang tidak telus lagi tidak adil.

Sewaktu membidas tindakan rakyat berdemonstrasi, baik Zainuddin Maidin, Khairy Jamaluddin maupun Nazri Aziz telah menyatakan bahawa cara itu bukanlah cara kita. Kita kononnya bukan Burma maupun Pakistan, kita masih punya pilihanraya, dan rakyat perlu menggunakan pilihanraya itu untuk mencatatkan bantahan mereka.

Namun itulah inti persoalannya. Wujudnya pilihanraya yang diadakan sekian tahun sekali sahaja tidaklah bermakna wujudnya demokrasi yang tulen. Pilihanraya itu sendiri perlulah dilaksanakan dengan telus lagi adil sebagai institusi untuk mencatatkan keputusan rakyat yang sebenarnya. Continue reading ‘Tiba masanya boikot media dilancarkan semula’

26
Nov
07

Timbalan Menteri, Zin Mohamed terima wang haram RM10 juta

Oleh Faisal Mustaffa

Setiausaha KeADILan Kelana Jaya

ImageParti Keadilan Rakyat (keADILan) ingin menyatakan kekecewaan pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang masih lagi enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat milik Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato Mohd Zin bin Mohamed sungguhpun laporan BPR telah pun dibuat pada tahun 2001.

Syarikat Silkway Cargo yang dipengerusikan oleh Mohamed Zin telah pun diambil tindakan undang-undang kerana terbukti menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) di antara kedua-dua negara; Malaysia dan Bangladesh.

Pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) telah mengaku memberi rasuah kepada dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.

Continue reading ‘Timbalan Menteri, Zin Mohamed terima wang haram RM10 juta’

20
Nov
07

Free concert to feature 15 artistes

ADMIN: Ada perhimpunan sabtu nie di Dataran Merdeka. 

Free concert to feature 15 artistes
20-11-2007 10:45:36 AM

KUALA LUMPUR: About 5,000 people are expected to attend Suria FM’s Kemuncak Rancak Roadtour concert to be held at Dataran Merdeka on Saturday.

Suria FM chief operating officer Engku Emran Engku Zainal Abidin said 15 artistes would perform at the four-hour open-air concert scheduled to start at 8pm. There is no entrance fee.

He said the concert will be launched by the Federal Territories Minister and would be held in conjunction with the official launch of the 24-hour radio station.
Continue reading ‘Free concert to feature 15 artistes’

20
Nov
07

Wanita kelahiran Sabah cuba jatuhkan Howard

20-11-2007 02:21:45 PMMELBOURNE:  Seorang wanita kelahiran Sabah adalah antara perancang utama Parti Buruh Australia (ALP) untuk menewaskan kerajaan Perdana Menteri John Howard dalam pilihan raya umum Australia pada Sabtu ini.

Senator Penny Wong Ying Yen, yang dilihat sebagai bintang sedang menyinar dalam politik Australia, telah berada di ibu pejabat ALP di Sydney sejak enam minggu lepas untuk merancang kekalahan Howard dan parti gabungan Liberal-National pimpinannya yang telah berkuasa sejak 11 tahun lepas.

Wong, 38, wanita kelahiran Asia yang pertama dipilih ke Parlimen Australia, adalah anak kepada arkitek dari Kota Kinabalu, Francis Wong Yit Shing. Continue reading ‘Wanita kelahiran Sabah cuba jatuhkan Howard’