01
Nov
07

Nazri, Menteri Yang Celupar Lagi Biadab

Umum mengetahui, Nazri Abdul Aziz adalah seorang yang bemulut celupar lagi biadab. Satu ketika beliau pernah mencabar Tun Dr Mahathir agar menjadi jantan dan meninggalkan Umno kerana bersungguh sangat mahu mengkritik dan menyerang kerajaan dan duduk bersama pembangkang, sekalipun umum mengetahui sumbangan Nazri kepada negara jika hendak dibandingkan dengan sumbangan Tun Dr Mahathir umpama melukut di tepi gantang.Terbaru, Nazri cuba menunjukkan lagaknya sekali lagi, kali ini beliau cuba mempopularkan dirinya dengan mengkritik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Persidangan Undang-undang Malaysia ke-14 di ibu negara.

Ketika merasmikan persidangan tersebut, Sultan Azlan Shah berkata, tanggapan rakyat terhadap badan kehakiman adalah penting.

Menurut baginda, kualiti utama yang perlu ada pada badan kehakiman adalah kesaksamaan.

Sultan Azlan Shah, yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara selepas berkhidmat 30 tahun dalam perkhidmatan badan kehakiman untuk menaiki takhta negeri Perak pada 1984, bertitah demikian pada Persidangan Undang-undang Malaysia ke-14 di sini hari ini.

Baginda bertitah: “Tiada yang lebih memusnahkan keyakinan orang ramai atau masyarakat perniagaan dalam badan kehakiman daripada kepercayaan bahawa hakim berat sebelah apabila membuat keputusan sesuatu kes atau hakim itu tidak bebas apabila membicarakan kes yang melibatkan litigan yang terdiri daripada individu atau perbadanan yang berkuasa.”

Nazri kemudiannya memberitahu pemberita, tanggapan bahawa kepercayaan rakyat kepada badan kehakiman telah terhakis, adalah satu persepi.

“Itu hanya persepsi yang tidak mestinya sama dengan saya. Apa (yang dimaksudkan dengan) rakyat? Adakah ia bermakna 1,000 hingga 2,000 orang atau seluruh rakyat? Kita menghormati pandangan-pandangan tetapi kerajaan juga mempunyai persepsinya sendiri,” katanya.

Sewaktu ramai pihak menyokong titah ucapan Sultan Azlan Shah yang disampaikan sewaktu merasmikan Persidangan berkenaan, hanya didapati Nazri yang menongkah arus.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, V.C George berkata, “Saya telah melontarkan pandangan supaya perubahan dilakukan bertahun-tahun lamanya, hanya seorang manusia, mengikut pandangan saya yang tidak bersetuju iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Abd Aziz.”

Manakala K.C. Vohrah pula menyatakan ucapan Sultan teramat baik dan itulah yang sebenarnya apa yang kita semua mahu.

Justeru itu, ramai pihak beranggapan, kehadiran Nazri di dalam barisan kabinet BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu kecatatan yang besar dan Pak Lah perlu menilai semula kedudukan Nazri di dalam barisan kabinet. Beliau tidak mempunyai sebarang kelayakan asas untuk menjadi seorang menteri yang sepatutnya mempunyai hemah yang tinggi, sebaliknya beliau seorang yang celupar dan tidak menghormati orang lain apa tah lagi kali ini terhadap seorang Sultan.

Sultan Azlan Shah merupakan orang yang paling layak untuk menegur para hakim kerana Sultan Azlan Shah adalah bekas Ketua Hakim Negara yang meletakkan jawatan selepas berkhidmat 30 tahun dalam perkhidmatan badan kehakiman untuk menaiki takhta negeri Perak pada 1984.

Siapa Nazri berbanding baginda?

Tan Sri Norma Yaakob, bekas Ketua Hakim Malaya sewaktu mengulas ucapan Sultan Azlan Shah menyatakan, “Tuanku adalah orang yang paling layak untuk memberitahu tentang keadaan sebenar sistem kehakiman negara. Beliau bercakap secara jujur dan tepat kepada isinya. Kita semua memperolehi mesejnya dengan jelas”.

Sila berikan komen/maklumanbalas anda di sini.
greenboc (The Truth Is Here)


1 Response to “Nazri, Menteri Yang Celupar Lagi Biadab”


  1. 1 rangiku
    November 2, 2007 at 3:48 am

    ooo TUN DR MAHATHIR banyak jasa ye…
    bagus la klu sedar yang Tun banyak jasa…
    ingat tak sedar jasa2 Tun..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: