03
Nov
07

Mat Rempit Putera Umno dikerah bikin kacau 10 Nov

Oleh Ruhanie Ahmad

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku!!!Desas-desus mengatakan segolongan ahli Putera UMNO kononnya akan dikerah untuk tunjuk kehebatan mereka pada 10 November 2007.

Mereka yang majoritinya terdiri daripada Mat Rempit ini dikatakan akan dikerah supaya bertembung dengan perserta gelombang kuning.

Kalaulah desas-desus ini benar, maka orang kuat Putera UMNO kenalah fikir dua tiga kali sebelum bertindak.

Ini kerana saya difahamkan, di antara puluhan ribu perserta gelombang kuning adalah termasuk segolongan anak-anak muda UMNO – Putera dan Pemuda.

Mereka dikatakan memilih menyertai gelombang kuning kerana suara mereka dalam UMNO tidak mendapat perhatian sewajarnya. Mereka juga dikatakan meluat dengan bos-bos mereka.

 

Para peserta gelombang kuning adalah rakyat biasa. Mereka ketepikan fahaman politik masing-masing demi memburu suatu keadilan. Mereka telah diarah tidak membawa apa-apa lambang atau bendera parti. Sebaliknya hanya Rukun Negara, lagu Negaraku, bendera Malaysia dan laungan Daulat Tuanku.

Oleh itu, bos Putera UMNO yang bijaksana kenalah betul-betul bijaksana. Ini kerana gelombang kuning bukannya satu sandiwara. Ia adalah perarakan untuk merafak sembah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tapi, kalau benarlah upacara menjunjung keris oleh Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2006 adalah lambang keberanian sejati, maka pergerakan itu dan Putera UMNO seharusnyalah sama-sama menjunjung keadilan dan kebenaran dan menyertai gelombang kuning.

Kalau tidak, apa ertinya upacara menjunjung keris kalau itu cuma wayang semata-mata? Pantang anak Melayu menjunjung keris kalau takut berjuang. Itu dayus namanya!


1 Response to “Mat Rempit Putera Umno dikerah bikin kacau 10 Nov”


  1. 1 rangiku
    November 6, 2007 at 9:20 am

    jgn tuduh2..
    tak baik tau…
    ape bukti nya??
    sila kemukakan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: