06
Nov
07

Demonstrasi Aman BERSIH – Menuntut Hak 2004

KUALA TERENGGANU; 5 Nov – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan ‘postmortem’ yang dilakukan pada 2004, didapati bahawa rakyat negeri Terengganu masih lagi menyokong PAS kerana berlaku peningkatan undi di beberapa kawasan.“Postmortem kita (PRU 11) tahun 2004, rakyat masih menyokong kita (PAS) kerana undi yang kita dapat ada kawasan-kawasan yang meningkat tiga peratus, ada kawasan-kawasan yang menurun hanya dua peratus sahaja.

“Peratus keluar mengundi hampir 90 peratus (adalah) di luar kebiasaan di seluruh dunia yang mempraktikkan demokrasi dan ini menunjukkan di sana berlaku sesuatu yang tidak sihat dalam amalan demokrasi di negara kita,” ujarnya.

Bahkan, katanya secara menyeluruh postmortem yang dilakukan menunjukkan bahawa negeri-negeri yang kuat dipengaruhi oleh PAS seperti Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis peratus keluar mengundi melebihi 80 peratus dan negeri Terengganu hampir 90 peratus.

Menurut beliau, di negeri-negeri lain antara 60 hingga 70 peratus sahaja keluar mengundi dan ini menunjukkan berlakunya penipuan serta penyelewengan dalam pilihan raya.

Katanya, SPR tidak bebas kerana diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukan satu badan yang benar-benar bebas termasuk penyelewengan dalam undi pos.

“SPR tidak bebas. SPR di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukan satu badan yang bebas termasuk juga undi pos. Undi Pos adalah undi tentera, undi polis dan pegawai-pegawai kerajaan.

“Undi pos ini tidak boleh dipantau dan beberapa kawasan menang dengan undi pos dan bukan undi biasa yang boleh dipantau parti-parti politik,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, PAS memberi jaminan bahawa himpunan 100 ribu rakyat pada 10 November ini di Dataran Merdeka berlaku secara tertib dan aman.

PAS yang menjadi antara parti dalam gabungan Badan Bertindak Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bersama Parti KeADILan Rakyat (PKR), DAP, Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) akan menyertai perhimpunan tersebut.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata demontrasi aman secara besar-besaran itu bagi menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

“InsyaAllah, pada 10 November kita akan mengadakan satu demontrasi aman secara besar-besaran untuk menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja.

“Kita (PAS) memberi jaminan, demontrasi diadakan dengan penuh tatatertib dan aman dan sebarang kekecohan yang berlaku itu adalah provokasi yang dilakukan oleh musuh kita dan lawan,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, baru-baru ini.

Menurutnya, tuntutan Bersih agar kerajaan membersihkan daftar pemilih dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menghapuskan undi pos, penggunaan dakwat khas kepada pengundi dan keadilan pihak media.

Berita Rujukan :

http://www.buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1339


0 Responses to “Demonstrasi Aman BERSIH – Menuntut Hak 2004”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: