06
Nov
07

SB jadi dalang untuk gagalkan Perhimpunan 10 November?

Intan Abdullah
Tue | Nov 06, 07 | 4:05:23 pm MYT
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) – Tidak sampai seminggu perhimpunan rakyat yang bakal mencatatkan sejarah negara pada 10 November, yang akan menyaksikan kebangkitan rakyat menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih namun, apa yang mengejutkan ialah terdapat usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak dipercayai didalangi Special Branch (SB) untuk menggagalkan perhimpunan tersebut.

<!––>

Mereka menyebarkan empat jenis risalah tanpa tajuk beserta sekeping VCD dengan mendakwa bahawa perhimpunan tersebut didalangi oleh Suruhanjaya Antara Agama atau Inter Faith Commission (IFC).

ImageBahkan, risalah tersebut juga mengandungi pendirian Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Khairul Ariffin Moh Munir yang membantah perhimpunan tersebut diadakan atas hujah yang sama.

Bagaimanapun, pihak Abim memaklumkan Khairul Ariffin berada di luar negara dua minggu lalu dan akan pulang semula ke tanah air dua minggu akan datang.

Malah, pihak Abim mengesahkan bahawa mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu terbabit dan mendakwa ia adalah propaganda pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk menggagalkan perhimpunan tersebut.

Jurucakap Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih), Faisal Mustafa pula berkata Abim masih tergolong dalam gabungan tersebut yang menyokong perhimpunan itu.

“Ini usaha jahat pihak yang tertentu yang ingin memastikan perhimpunan tersebut gagal. Jadi, pelbagai kerenah dicipta dan dibuat agar kita lemah semangat. Apapun, kami tidak akan goyah untuk meneruskannya,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, sekeping poster juga diedarkan bersama yang mengandungi gambar Naib Presiden KeADILan, Sivarasa rasiah, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Penerangan Wanita KeADILan, Elizabeth Wong, Blogger Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin sebagai dalang perhimpunan 10 November yang bermotif untuk melumpuhkan Islam

VCD tersebut mengandungi visual penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menari semasa kempen pilihanraya kecil di Ijok, mendakwa Anwar sebagai agen yahudi, pendedahan bekas Setiausaha KeADILan, Lokman Noor Adam mengenai penyelewengan wang dan masalah dalaman parti tersebut serta kaitan parti tersebut dengan George Soros.

Setakat ini, penyebaran ini dikesan berlaku di sekitar Bandar Baru Bangi , dan Yang Dipertua PAS Serdang, Dr Shafie Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai hal tersebut.

VCD dan risalah tersebut yang juga diedarkan di premis awam seperti surau-surau, perhentian bas, tepi-tepi jalan serta kawasan perumahan.

Sementara itu, Sivarasa ketika dihubungi Harakahdaily meminta semua pihak agar berhati-hati dengan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menggagalkan perhimpunan tersebut dengan menggunakan pelbagai cara. – mr


0 Responses to “SB jadi dalang untuk gagalkan Perhimpunan 10 November?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: