26
Nov
07

Timbalan Menteri, Zin Mohamed terima wang haram RM10 juta

Oleh Faisal Mustaffa

Setiausaha KeADILan Kelana Jaya

ImageParti Keadilan Rakyat (keADILan) ingin menyatakan kekecewaan pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang masih lagi enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat milik Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato Mohd Zin bin Mohamed sungguhpun laporan BPR telah pun dibuat pada tahun 2001.

Syarikat Silkway Cargo yang dipengerusikan oleh Mohamed Zin telah pun diambil tindakan undang-undang kerana terbukti menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) di antara kedua-dua negara; Malaysia dan Bangladesh.

Pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) telah mengaku memberi rasuah kepada dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.



Farid juga mengaku bahawa beliau telah membiayai semua perbelanjaan kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh; Tareque dan Arafat Rahman (Coco) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.

Zin memiliki 49% saham Sikway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindahkan ke akaun Zin secara haram.

Semasa Zin memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri, wang tersebut dipindahkan ke akaun lain; HASNITA BINTI AHMAD BASTAMAN yang merupakan setiausaha Zin melalui akaun di Maybank,Shah Alam Branch melalui akaun nombor 512101058235 bagi mengelak sebarang bukti.

Zin yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi UMNO telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Kabinet dalam mendapat kontrak dengan MAS.

Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri, Zin berterusan menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Sehingga kini, Zin sudah pun menerima wang secara haram melebihi RM10 juta daripada Silkway Cargo.

Pemindahan wang haram itu bercanggah dengan peraturan Bangladeshi Bank dan Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunapakai oleh Zin dikenali sebagai ”hundi” kadang-kadang dibawa melalui beg pakaian melalui KLIA.

Zin juga dipercayai tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.

Sehingga 23 Ogos 2006, KeADILan mendapaat maklumat bahawa Zin dan/atau isteri-isterinya memiliki harta seperti berikut:

  1. Sebuah banglo beralamat di No 1, Jalan 8/8 Shah Alam.
  2. Sebuah banglo beralamat di No 19 Jalan Tepian 8/2 Shah Alam.
  3. Sebuah banglo yang terletak di belakang pejabat IPS Shah Alam.
  4. Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 29, Jalan USJ 22/2 UEP Subang Jaya.
  5. Sebuah kereta Mercedes S Class bernombor plat BEQ 19
  6. Sebuah kereta Toyota Harrier
  7. Sebuah kereta BMW 318i
  8. Sebuah kereta Hond CRV
  9. Sebuah Volvo S 70
  10. Sebuah Porche
  11. Sebuah Mercedes E-Class
  12. Sebuah motosikal Harley Davidson berkuasa tinggi/

KeADILan Kelana Jaya mendesak supaya tindakan undang-undang diambil kepada Zin dengan segera sepertimana tindakan yang sama diambil terhadap Pengarah Urusannya di Bangladesh.


0 Responses to “Timbalan Menteri, Zin Mohamed terima wang haram RM10 juta”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: