Archive for December, 2007

29
Dec
07

Kenapa Kementerian Pelajaran tidak kembali pada persoalan utama?

Mohd Azmi Abdul Hamid
Sat | Dec 29, 07 | 11:33:23 am MYT

TERAS kesal dengan dasar pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran yang masih terus berdalih dengan pencapaian peperiksaan yang dianggap sebagai asas sama ada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diubah atau tidak.

Mengikut pihak Kemenerian, dengan alasan ada petanda keputusan PMR 2007 menunjukkan prestasi pelajar yang semakin baik dalam PPSMI menyebabkan dasar pengantar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sepatutnya terus disokong. Continue reading ‘Kenapa Kementerian Pelajaran tidak kembali pada persoalan utama?’

29
Dec
07

Rungutan yang tiada nilai disisi pemerintah – Di mana harga suara Melayu?

Mohd Azmi Abdul Hamid
Thu | Dec 27, 07 | 9:31:10 am

Di kala isu tuntutan sebuah kaum di negara ini mendapat perhatian dan liputan luar biasa, kami bertanya apakah suara bangsa Melayu yang sudah sekian lama diketengahkan tidak diendahkan?

Kami tidak bermaksud untuk menegangkan keadaaan yang sedia panas , tetapi jika benar pihak kerajaan peka dan mengambil berat terhadap semua kaum di negara ini kenapa ada perbezaan layanan tatkala kaum Melayu ingin membuat tuntutan yang sebenarnya jauh lebih manasabah dan rasional dari apa yang dituntut oleh kaum yang sanggup membawa isu dan mencela Negara ke peringkat antarabangsa.

Ternyata kita terkejut dan terpaksa terus menyuarakan bantahan terhadap tuntutan mereka terutama bila mereka beralasan yang keterlaluan, bahawa ujud ‘etnik cleansing’ yang berleluasa di Negara ini dan adanya penindasan terhadap kaum mereka.

Walaupun seperti yang telah diungkapkan oleh banyak pihak bahawa hujah mereka sangat melampau bukan sahaja dari sudut fakta malah dari sudut realiti harian yang dapat kita lihat di Negara ini, namun mereka berjaya menarik perhatian pucuk pimpinan Negara untuk tunduk kepada kehendakkan mereka. Continue reading ‘Rungutan yang tiada nilai disisi pemerintah – Di mana harga suara Melayu?’

29
Dec
07

Siasatan kehakiman terhadap pembunuhan Benazir


Suami Allahyarham Benazir, Asif Ali Zardari (berkopiah) dan anaknya, Bilawal (kiri) mengusung keranda Benazir bersama orang ramai (Foto AFP)

Siasatan kehakiman terhadap pembunuhan Benazir
29-12-2007 12:24:36 PM KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kerajaan sementara Pakistan Mohammedmian Soomro hari ini mengarahkan supaya satu siasatan kehakiman diadakan bagi menyiasat insiden pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto di Rawalpindi, Pakistan, semalam.

16
Dec
07

Tiga askar maut, pokok balak hempap kem

15-12-2007 09:54:20 PMGERIK:  Tiga anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera apabila pangkalan sementara mereka di Sungai Ketar, Taman Negeri Royal Belum dekat sini dihempap sebatang pokok balak yang tumbang selepas hujan lebat awal pagi ini.

Panglima II Briged Brig Jen Datuk Fazlurrahman Mohamad Irfan berkata kesemua mangsa merupakan anggota 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan yang sedang menjalankan operasi rondaan di kawasan berkenaan. Continue reading ‘Tiga askar maut, pokok balak hempap kem’

16
Dec
07

MIC: Berikan pinjaman Tekun kepada kaum India

15-12-2007 06:12:24 PMKUALA LUMPUR:  MIC, yang mahu lebih ramai kaum India terlibat dalam perniagaan, mencadangkan kerajaan memberi bantuan kewangan khas seperti Skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) kepada kaum berkenaan.

Naib Presiden MIC Datuk S. Veerasingam berkata bantuan kewangan itu penting dalam menggalakkan kaum India memulakan perniagaan. Continue reading ‘MIC: Berikan pinjaman Tekun kepada kaum India’

10
Dec
07

Etika professional journalisma dicemari!

06-12-2007 10:26:40 AM

SALAM sejahtera kpd editor mstar !

Izinkan saya berikan pandangan tentang laporan media massa tidak kira elektronik atau media cetak sejak berlakunya perhimpunan aman pada 25hb Nov ’07 anjuran Hindraf. Kebanyakkan kaum india telah hilang keyakinan dan kepercayaan pada akhbar-akhbar kerajaan dan yg sewaktu dengannya.

Kini telah terbukti kebenaran dan “fair play” hanya ada dari maklumat yg diperolehi dari internet, terutamanya dari blog site atau laman web “independant news”.

Dari apa yang saya teliti dalam tajuk-tajuk berita dibawah yg dimuatkan di mStar online , kesemuanya membuktikan bahawa berita-berita ini adalah cuma propaganda kerajaan untuk mengelirukan rakyat jelata dan berat sebelah (partial). Continue reading ‘Etika professional journalisma dicemari!’

10
Dec
07

Menteri sangkal tuduhan RTM pecat juruhebah

SUNGAI PETANI 9 Dis. – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin menyifatkan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Perikatan Penulis Untuk Kebebasan Media (WAMI) sebagai persatuan wartawan yang tiada kredibiliti.Beliau berkata, CIJ dan WAMI jelas menghasut rakyat secara terang-terangan dengan menulis berita berdasarkan fakta yang tidak benar dan berunsur fitnah. Continue reading ‘Menteri sangkal tuduhan RTM pecat juruhebah’