Archive for December 2nd, 2007

02
Dec
07

UEIkkkkkkkkkkkkkkkkk..

Naik harga minyak, elektrik tidak bebankan rakyat – Najib

Daripada: ROSNI HASSAN

HONG KONG 30 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika wujud keperluan untuk menaikkan kadar harga bekalan tenaga seperti gas dan petroleum serta tarif elektrik, ia akan dilakukan tanpa membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kajian semula terhadap harga bahan bakar itu akan mengambil kira kepentingan rakyat dan pada masa yang sama tidak mengetepikan kesannya terhadap syarikat pembekal seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata, kajian terhadap harga baru gas akan dibuat sama dengan kenaikan tarif elektrik untuk memastikan ia tidak membebankan rakyat dan TNB. Continue reading ‘UEIkkkkkkkkkkkkkkkkk..’

Advertisements
02
Dec
07

Ayat-ayat Mengampu


 Penulisan kali ini, telah saya fikirkan beribu kali untuk mengpostnya kerana saya memikirkan bahawa banyak lagi isu lain yang tidak mampu untuk diulas. Namun, pemilihan tajuk ini hari ini, sebagai pendedahan terhadap benda yang sudah pun terdedah, tetapi berkemungkinan besar ia tidak disedari oleh kebanyakan manusia yang berada di Malaysia kita.

Akhabar-akhbar kebelakangan ini, seolah-olah memainkan peranan penting untuk mempublisiti dan mempromosikan gaya, cara dan ayat-ayat mengampu yang biasa diamalkan oleh kebanyakan pimpinan Barisan Nasional sendiri supaya wang poket sentiasa bertambah. Seolah-olah sama sahaja macam anjing, samada dihulurkan tulang atau tidak, ia tetap membuka mulutnya, seakan-akan lapar. Continue reading ‘Ayat-ayat Mengampu’

02
Dec
07

Umno pencetus demonstrasi, tapi kini jadikan negara umpama ‘jakun’ – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno adalah parti yang memulakan budaya demonstrasi sekitar tahun 1946 dan tahun-tahun berikutnya tetapi hari ini menafikan hak yang termaktub dalam amalan demokrasi itu.Sekitar tahun 1946, Umno cukup kerap mengadakan himpunan di jalan-jalan raya menentang gagasan Malayan Union, bagaimanapun hari ini menafikan budaya itu adalah budaya di negara ini, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Markas PAS Ampangan (sebelah Surau Hitam), Seremban pada 30 November lalu bersama Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Ustaz Dr Badrol Amin Bahron dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammed Omar. Continue reading ‘Umno pencetus demonstrasi, tapi kini jadikan negara umpama ‘jakun’ – Mohamad Sabu’

02
Dec
07

Ustaz Badrol Amin lancar ringtone ‘Correct..Correct..Correct’

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Hrkh) – Pengguna telefon bimbit hari ini boleh mendapatkan ‘ringtone’ istimewa sedutan dari kata-kata seorang peguam kontroversi, VK Lingam dalam isu klip video skandal kehakiman.Pada 30 November lalu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Ustaz Dr Badrol Amin Bahron telah melancarkan ‘ringtone’ istimewa yang berbunyi Correct..Correct..Correct’ di Ampangan Seremban.

Dalam pelancaran sempena ceramah perdana di Ampangan, Seremban itu Ustaz Badrol Amin menyatakan bahawa pelancaran ‘ringtone’ itu bertujuan mengingatkan rakyat kepada skandal terbesar yang berlaku dalam negara hari ini iaitu skandal percaturan kedudukan hakim. Continue reading ‘Ustaz Badrol Amin lancar ringtone ‘Correct..Correct..Correct’’