02
Dec
07

Ayat-ayat Mengampu


 Penulisan kali ini, telah saya fikirkan beribu kali untuk mengpostnya kerana saya memikirkan bahawa banyak lagi isu lain yang tidak mampu untuk diulas. Namun, pemilihan tajuk ini hari ini, sebagai pendedahan terhadap benda yang sudah pun terdedah, tetapi berkemungkinan besar ia tidak disedari oleh kebanyakan manusia yang berada di Malaysia kita.

Akhabar-akhbar kebelakangan ini, seolah-olah memainkan peranan penting untuk mempublisiti dan mempromosikan gaya, cara dan ayat-ayat mengampu yang biasa diamalkan oleh kebanyakan pimpinan Barisan Nasional sendiri supaya wang poket sentiasa bertambah. Seolah-olah sama sahaja macam anjing, samada dihulurkan tulang atau tidak, ia tetap membuka mulutnya, seakan-akan lapar.

Beberapa keratan akhbar diciplak untuk menggambarkan beberapa kegilaan pimpinan Barisan Nasional dalam merebut peluang dan “dodoian” daripada Pak Lah sendiri supaya segala faedah boleh didapati darinya. Anda sendiri mampu memikirkan tentangnya dan boleh bandingkan sendiri dengan pemikiran anda.

Di dalam akhbar Utusan, tajuk besar tertera dengan ungkapan “JANGAN CABAR KEPIMPINAN PM”. Suara kecilku terdetik, mungkin juga Utusan ingin mempromosikan laungan Pak Lah ketika di Perhimpunan Agung UMNO 2007, yang berbunyi “SAYA PANTANG DICABAR”. Dalam keadaan yang lembek seperti bubur, masih lagi mampu berdiri dan mengungkapkan perkataan tersebut di bibirnya.

Penulisan lalu BN telah berani mencabar Raja Nazrin sendiri dengan masih lagi berdegil untuk mensabotaj mana-mana aktiviti yang boleh mengganggu gugat kedudukan Pak Lah atau Najib, yang masing-masing sedang gila bersaing untuk mendapat pengaruh masing-masing di mata rakyat. Tetapi hari ini, kata-kata ini seolah-olah menampakkan bahawa Pak Lah adalah orang nombor satu di Malaysia ini, sedangkan dia masih lagi terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan sultan.

Beberapa keratan di dalam Utusan tersebut berbunyi..

“orang ramai perlu yakin dengan Abdullah kerana Perdana Menteri sentiasa merancang dan memberi tumpuan kepada pelbagai isu seperti pendidikan, ekonomi dan sosial”

“Apa yang beliau lakukan adalah untuk kepentingan rakyat. Kita di Malaysia amat beruntung berbanding negara-negara lain”

“Perdana Menteri jujur dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Kita memang tidak boleh memuaskan hati semua pihak tetapi jika dilihat kepada rancangan beliau (Abdullah) semua pihak mendapat manfaat”

“kenyataan Perdana Menteri itu amat jelas bahawa beliau bukannya berdiam diri sebaliknya sentiasa bekerja untuk rakyatnya”

“kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat India di negara ini dan sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat tersebut”

“Perdana Menteri sentiasa mempunyai rancangan untuk membantu semua kaum dan sebagai rakyat Malaysia, orang ramai perlu terus bekerjasama dengan Abdullah”

“Kerajaan memperkenalkan banyak pembaharuan sosial dan program bagi masyarakat India”

Ulasan

Sekiranya diamati dengan teliti, berita-berita mengampu sebegini rupa sudah banyak disebarluaskan oleh media sendiri yang sudah pasti mempunyai kepentingan peribadi. Bertambah pelik, sejak kebelakangan ini pula banyak kata-kata Pak Lah sendiri yang mengatakan bahawa beliau mendengar suara dan aduan rakyat, peka terhadap keluhan dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai salah satu senjata CEROI yang digunakan untuk memancing.

Bayangkanlah, mereka ingin memancing tenggiri, tetapi hanya memakai joran bersaiz lidi, mana mungkin si tenggiri dapat ditumpaskan. Di dalam situasi ini, memang terserlah dengan jelasnya bahawa Barisan Nasional hari ini cuba sedaya upaya dengan mencipta pelbagai cara untuk meraih simpati rakyat.

Pelbagai isu dicipta dan direka, BPR di Kelantan lah, rasuah itu dan ini, dan sebagainya yang hanya dicipta semata-mata lalu dipaparkan di dalam akhbar seolah-olah kepimpinan kerjaan Kelantan melakukan sedemikian sedangkan perkara tersebut belum dapat dipastikan lagi, apatah lagi hanya rekaan semata-mata.

Di dalam berita tadi, hero yang bertindak sebagai defender bagi Pak Lah adalah dua ekor kambing, yang seekornya kurang menimbulkan isu, dan yang seekor lagi kurang difahami bahasanya berbanding kambing-kambing yang lain.Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Mereka berdua yang inginkan faedah daripada Pak Lah, melakukan sedemikian semoga Pak Lah merasakan bahawa 2 ekor ini mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupan manusia. Mampukah 2 ekor kambing ini diberi harapan yang menggunung itu? Fikirlah semasak yang mungkin. Saya juga tertarik dengan kata-kata Pak Lah yang cuba menunjukkan bahawa dia seorang yang prihatin, sedangkan ia cumalah mainan mulutnya semata-mata.

Perhatikan kata-katanya….

“Saya mendengar semua ini… Perdana Menteri mempunyai ‘telinga yang besar’. Sampai pedih belakang telinga kita tetapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendengar semua (masalah rakyat) ini”

ini merupakan salah satu daripada kata-katanya yang cuba menampakkan bahawa beliau seorang yang prihatin, sehinggakan pelbagai istilah digunakan seperti “telinga besar” yang disebut di dalam berita ini. Walaubagaimanapun, semuanya telah didengari oleh anda sendiri untuk mempertimbangkannya, penulisan ini bertujuan membawa pembaca supaya sentiasa berfikir dengan betul.

Dr Fikrah


0 Responses to “Ayat-ayat Mengampu”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: