02
Dec
07

UEIkkkkkkkkkkkkkkkkk..

Naik harga minyak, elektrik tidak bebankan rakyat – Najib

Daripada: ROSNI HASSAN

HONG KONG 30 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika wujud keperluan untuk menaikkan kadar harga bekalan tenaga seperti gas dan petroleum serta tarif elektrik, ia akan dilakukan tanpa membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kajian semula terhadap harga bahan bakar itu akan mengambil kira kepentingan rakyat dan pada masa yang sama tidak mengetepikan kesannya terhadap syarikat pembekal seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata, kajian terhadap harga baru gas akan dibuat sama dengan kenaikan tarif elektrik untuk memastikan ia tidak membebankan rakyat dan TNB.

‘‘Kita akan ambil kira kedua-dua elemen tersebut dalam kajian semula terhadap kenaikan harga dan tarif bekalan tenaga.

‘‘Kita tidak mahu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga dan tarif itu dan pada masa sama kita mahu pastikan ia tidak menjejaskan syarikat (pembekal) seperti TNB,” katanya.

Beliau bercakap kepada wartawan Malaysia dan media asing sempena lawatan kerjanya ke wilayah ini di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri tiba di Hong Kong awal pagi ini dan memulakan lawatan kerjanya dengan bertemu lebih 30 pengurus dana pelaburan melalui lima sesi tertutup.

Pertemuan itu adalah sempena sesi penerangan bergerak yang dianjurkan oleh ECM Libra Avenue Berhad dan Credit Suisse.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya pada sebelah petang melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang.

Malam ini, Najib menghadiri jamuan makan malam bersama peneraju sektor industri Hong Kong.

Menurut Najib, isu subsidi kerajaan terhadap produk gas, petroleum dan elektrik adalah antara yang dibangkitkan oleh pengurus dana asing dalam pertemuan sempena sesi penerangan bergerak itu.

Menurutnya, pengurus dana ingin mengetahui reaksi pasaran dan kesannya kepada TNB jika kerajaan mengkaji semula harga gas dan tarif elektrik.

“Pendekatan yang kita gunakan dalam kajian semula tarif elektrik sebelum ini ialah kenaikan yang dibuat tidak membabitkan penggunaan 200kw elektrik sebulan dan ia mewakili 59 peratus daripada jumlah keseluruhan pelanggan TNB,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan media asing mengenai Proton, Najib berkata, kerajaan bersetuju memberi masa kepada pihak pengurusan syarikat itu untuk memulihkan perniagaannya.

Bagaimanapun, jelas Timbalan Perdana Menteri, mana-mana syarikat tempatan dan asing yang berminat menjadi rakan strategik Proton masih boleh berbuat demikian.

‘‘Kita tidak menutup pintu untuk Proton mendapatkan rakan strategik tetapi kita mahu pastikan syarat-syarat dan ia mestilah memberi faedah dan nilai tambah kepada Proton,” katanya.

Kepada satu soalan, Najib berkata, tuduhan bahawa kerajaan bersikap tidak adil kepada golongan minoriti sehingga mencetuskan demonstrasi jalanan baru-baru ini timbul kerana Malaysia dilihat dalam konteks negatif.

Beliau berkata, dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) menguntungkan semua pihak dan ia dibuktikan apabila BN dipilih semula memerintah Malaysia pada setiap kali pilihan raya umum.

“Apa yang dilihat (demonstrasi) adalah eksploitasi oleh parti pembangkang menjelang pilihan raya umum,” katanya.

– Utusan


0 Responses to “UEIkkkkkkkkkkkkkkkkk..”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: