02
Dec
07

Ustaz Badrol Amin lancar ringtone ‘Correct..Correct..Correct’

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Hrkh) – Pengguna telefon bimbit hari ini boleh mendapatkan ‘ringtone’ istimewa sedutan dari kata-kata seorang peguam kontroversi, VK Lingam dalam isu klip video skandal kehakiman.Pada 30 November lalu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Ustaz Dr Badrol Amin Bahron telah melancarkan ‘ringtone’ istimewa yang berbunyi Correct..Correct..Correct’ di Ampangan Seremban.

Dalam pelancaran sempena ceramah perdana di Ampangan, Seremban itu Ustaz Badrol Amin menyatakan bahawa pelancaran ‘ringtone’ itu bertujuan mengingatkan rakyat kepada skandal terbesar yang berlaku dalam negara hari ini iaitu skandal percaturan kedudukan hakim.

Katanya, ‘ringtone’ itu tidak boleh diperolehi dari mana-mana rangkaian mobilfone memandangkan ianya eksklusif dari idea beberapa anak muda yang mahu isu klip video ‘Pita Lingam’ terus hangat di minda rakyat.

Kata Ustaz Badrol Amin, sesiapa yang berminat dengan ringtone itu boleh mendapatkannya dengan menyumbang seikhlas mungkin minima, RM1.

“Dengan pelancaran ‘ringtone’ ini, kita mahu rakyat tahu isu ini kerana ianya isu terbesar yang membabitkan soal kehakiman negara.Pendedahan klip video ini memberi gambaran bahawa sistem kehakiman di negara ini telah rosak, dan kedudukan hakim ditentukan oleh tauke-tauke judi,” katanya semasa mengulas mengenai isu ‘Pita Lingam’.

Penglibatan Vincent Tan; VK Lingam dan beberapa individu lain yang merupakan tauke judi di negara ini dalam menentukan kedudukan hakim dan membeli hakim bagi memenangi kes mereka hanya membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa sistem perundangan Malaysia hancur, katanya.

Ketika skandal pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Badrol Amin yang ketika itu seorang Pensyarah Kanan Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM terbabit dalam memperjuangkan nasib Anwar.

Ketika itu katanya beliau menjangkakan bahawa perbicaraan kes Anwar ini berkemungkinan telah diatur dan ditentukan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

“Dan dengan pendedahan Anwar mengenai klip video ini, sahlah dakwaan itu benar bahawa institusi kehakiman di negara ini rosak kerana kepentingan orang tertentu yang ditentukan oleh tauke-tauke judi,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru kepada rakyat Malaysia agar memperbetulkan kepincangan ini dengan menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah hari ini pada pilihan raya umum akan datang.

Masanya telah tiba untuk rakyat menghukum kerajaan yang gagal membela nasib rakyat dan kerajaan yang telah menyerahkan nasib rakyat di tangan tauke-tauke judi, katanya. – mks.


0 Responses to “Ustaz Badrol Amin lancar ringtone ‘Correct..Correct..Correct’”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: