05
Dec
07

kapal Misteri

oleh WartawanBuletinonline 

 Pulau Duyong, 3 Dis – Kapal mewah yang bertulis ‘ASEAN LADY’ menjadi kapal misteri diperairan Duyong sekitar tempat kejohanan ‘terkaya’ Monsoon Cup. Kapal Asean Lady ini sudah dua tahun berturut-turut berlabuh di perairan Pulau Duyong ketika Monsoon Cup berlangsung pada 2006 dan 2007

Buletinonline mengesan kapal ini adalah kepunyaan Brian Chang, jutawan ke 22 terkaya di Singapura. Namun demikian tidak ternampak kelibat jutawan tersebut sepanjang kejohanan Monsoon Cup.

Kapal mewah ini dipercayai disewa oleh pihak-pihak tertentu. Sekiranya ia disewa tentu sewanya begitu mahal memandangkan Asean Lady termasuk didalam senarai 50 ‘yatchs’ yang terpanjang didunia. Selain dari itu ia mendapat anugerah innovatif dalam tahun 2004.


……. bar… tempat menyediakan ‘minuman keras didalam kapal……

Namun siapa yang menyewa kapal yang begitu mewah ini dan apakah tujuan penyewaan tersebut. Sumber Buletinonline memberitahu, kapal ini adalah digunakan sebagai tempat ‘berhibur’ sepanjang Monsoon Cup, kerana kemudahan didalamnya adalah umpama sebuah hotel lima bintang yang terapung. Ia bebas dari sebarang gangguan, eksklusif dan jauh dari pandangan awam.

Keselamatannya dijaga begitu rapi, kerana menurut sumber Buletinonline, walaupun terdapat pihak-pihak yang cuba mendekatinya tetapi gagl berbuat demikian.


0 Responses to “kapal Misteri”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: