05
Dec
07

Masyarakat India tidak susah yang susah orang Melayu

Dalam keghairahan membuktikan yang kehidupan masyarakat India kononnya lebih baik di negara ini, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Zainal Abidin Osman semalam menegaskan bahawa menurut kajian kerajaan purata pendapatan isi rumah masyarakat India bagi tahun 2004 mencecah RM3,456 sebulan.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Gerik, yang bertanya adakah benar dakwaan Hindraf bahawa masyarakat India di Malaysia miskin dan dipinggirkan.

angka-angka yang dikeluarkan memang menunjukkan yang masyarakat India di Malaysia dalam keadaan yang selesa. Malangnya angka-angka itu juga membuktikan yang sebenarnya merempat dan dipinggirkan adalah masyarakat Melayu dan Bumiputera. Contohnya bagi pendapatan isi rumah tadi, berikut adalah susunannya mengikut paras tinggi rendah mengikut kaum:

Cina RM4,4,37
India RM3,456
Melayu RM2,711 (Bumiputera)

Manakala angka-angka peratusan kadar kemiskinan 2004 mengikut kaum menunjukkan:

Cina 0.6%
India 2.9%
Melayu 8.3% (Bumiputera)


Benarlah kata ahli Parlimen berkenaan yang jutaan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dari rakyat di Tamil Nadu, India (ucapan di Dewan Rakyat). Masalahnya kalau benar masyarakat India demikian, kita mahu bertanya kepada Umno dan BN, mengapa masyarakat Melayu Bumiputera yang konon-kononnya diperjuangkan nasibnya oleh Umno sampai hari ini terus merempat dan terpinggir!

Mungkinkah masyarakat Melayu juga perlu menubuhkan sebuah kumpulan pendesak seperti mana Hindraf, berhimpun ditengah jalan kerana sesungguhnya setelah 50 tahun Merdeka, dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan sejak itu sehingga kini, namun orang-orang Melayu dan Bumiputera masih ditangga tercorot dan paling miskin.

Mungkin ahli-ahli Umno dan orang-orang Melayu yang lain boleh menubuhkan MALAYRAF “Malay Action Rights Front” dan membikin memorandum yang berjela-jela untuk menyenaraikan masalah dan kesusahan umat Melayu, tetapi soalnya ke mana mahu diserah memo itu nanti? Demikianlah nasib orang Melayu di buminya sendiri, tetapi anehnya orang Melayu tak kisah, warisan soldadu si Luncai sudah menjadi darah daging “biarkan, biarkan”.
posted by Roslan SMS


0 Responses to “Masyarakat India tidak susah yang susah orang Melayu”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: