Archive for December 8th, 2007

08
Dec
07

Dosa-dosa UMNO yang sentiasa diingati ahli PAS

Respon @ Ulasan Oleh Herman Shamsudeen

aMEMBACA minda Rustam A. Sani (foto) dalam tulisannya bertajuk “Suara Umat Melayu: Rundingan belakang tabir Pas-Umno? ” sangat mengujakan. Menarik untuk dibaca namun masih terlalu banyak yang tidak dikupas oleh beliau. Agak janggal rasanya kalau kita membiarkan tulisan itu hanyut tanpa hala tuju dan fakta yang benar-benar sahih.

Menghormati ’seniority’ beliau dalam dunia penulisan, saya beranggapan bahawa itu adalah suatu azam dan cita-cita beliau yang begitu murni sesuai dengan situasi massa yang menuntut gabungan 2 parti Melayu terbesar dapat duduk semeja bagi membicarakan masa depan bangsa ini.
Continue reading ‘Dosa-dosa UMNO yang sentiasa diingati ahli PAS’

Advertisements
08
Dec
07

Makan angin di Jalan TAR – Jangan layan provokasi

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengingatkan semua pihak yang akan jalan-jalan makan angin hari ini di Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan memakai t-shirt Bersih atau baju kuning supaya tidak melayan provokasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab..

Sebelum ini, beliau dan Ketua Penerangan PAS menyeru semua pihak yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih supaya mengajak lebih ramai rakyat Malaysia memakai t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu.

Dalam ceramahnya di Jalan Kebun, Kelang baru-baru ini, Mohamad Sabu menyeru semua pihak yang menentang tindakan mencemarkan pilihan raya dengan ketidakadilan dan taktik kotor supaya keluar beramai-ramai setiap Sabtu dengan memakai t-shirt Bersih atau baju kuning. Continue reading ‘Makan angin di Jalan TAR – Jangan layan provokasi’

08
Dec
07

Akhbar Melayu tidak dipedulikan di Lembah Klang

07-12-2007 07:38:05 PM
Oleh SALHAN K. AHMADPETALING JAYA:  Berbanding akhbar berbahasa Inggeris dan Cina, akhbar berbahasa Melayu tidak diberikan perhatian meluas di Lembah Klang yang menguasai 40%  jumlah pembelian akhbar nasional.

Menurut perangkaan terbaru Audit Bureau of Circulation (ABC), akhbar berbahasa Melayu meraih hanya 25% pembaca di Lembah Kelang berbanding akhbar berbahasa Inggeris (43%) dan Cina (32%) daripada jumlah 1.1 juta naskhah. Continue reading ‘Akhbar Melayu tidak dipedulikan di Lembah Klang’

08
Dec
07

Bersih tetap berhimpun di Parlimen minggu depan

Bersih tetap berhimpun di Parlimen minggu depan

KUALA LUMPUR:  Sedar dengan polemik perhimpunan haram yang sedang hangat sekarang, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) enggan mengulas jumlah sebenar penyokongnya yang akan hadir di Parlimen pada Selasa depan.

08
Dec
07

Banyak jalan rosak akibat turapan tidak berkualiti

SERING kali terpapar di akhbar, kemalangan dan kematian melibatkan motosikal terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.Tidak dinafikan banyak kemalangan berlaku akibat kecuaian. Tetapi ada faktor lain yang turut menjadi punca kemalangan antaranya keadaan dan kualiti jalan raya seperti jalan yang dikorek dan ditimbus semula dengan tidak berkualiti serta tidak kemas dan jalan berlubang. Keadaan ini kerap ‘membahayakan’ penunggang motosikal dan kenderaan lain. Continue reading ‘Banyak jalan rosak akibat turapan tidak berkualiti’