08
Dec
07

Akhbar Melayu tidak dipedulikan di Lembah Klang

07-12-2007 07:38:05 PM
Oleh SALHAN K. AHMADPETALING JAYA:  Berbanding akhbar berbahasa Inggeris dan Cina, akhbar berbahasa Melayu tidak diberikan perhatian meluas di Lembah Klang yang menguasai 40%  jumlah pembelian akhbar nasional.

Menurut perangkaan terbaru Audit Bureau of Circulation (ABC), akhbar berbahasa Melayu meraih hanya 25% pembaca di Lembah Kelang berbanding akhbar berbahasa Inggeris (43%) dan Cina (32%) daripada jumlah 1.1 juta naskhah.

Jumlah keseluruhan edaran akhbar di Malaysia meningkat 12% kepada 2.8 juta naskhah dalam kajian yang dibuat ABC antara Julai 2006 hingga Jun tahun ini.

Mingguan Malaysia masih lagi menguasai kedudukan teratas dalam kategori akhbar mingguan dengan edaran paling banyak 459,793 naskhah, manakala Sin Chew Daily pula akhbar harian paling laris dengan 357,163 naskhah.

Akhbar berbahasa Inggeris yang paling laris dikuasai The Star dengan 309,181 edaran, manakala akhbar percuma The Sun pula mencatat pertumbuhan edaran paling banyak dengan 256,486 naskhah.

Bagaimanapun, edaran The Star telah merosot sedikit 0.3% berbanding tempoh sebelumnya, manakala The New Straits Times (NST) tidak banyak berubah dengan 139,763 bagi tempoh yang sama.

Edaran akhbar The Malay Mail pula menjunam 40% kepada 19,828 naskhah.

Menurut kenyataan ABC yang dikeluarkan Selasa lalu, jumlah edaran The Sun dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan jumlah edaran bagi kategori akhbar harian berbahasa Inggeris.

Edaran akhbar tersebut, yang mula diberikan percuma sejak April 2002, telah meningkat daripada 82,307 naskhah sehari berbanding tempoh sebelumnya, sedangkan edaran akhbar harian berbahasa Inggeris yang lain sama ada merosot atau tidak menunjukkan perubahan.

Akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu: Harian Metro mencatat edaran sebanyak 289,315 naskhah, diikuti Utusan Malaysia (197,033) dan Berita Harian (192,917).

Pengerusi audit ABC Mirza Mohamed Tariq berkata, akhbar cetak di negara ini masih mampu mencapai pertumbuhan dalam masa lima tahun akan datang, namun trend itu bergantung kepada kadar capaian Internet di negara ini yang akan memberi peluang akses kepada akhbar dalam talian.

Beliau juga berkata edaran media cetak di Eropah, Amerika Utara dan Australia menunjukkan trend menguncup disebabkan penggunaan media dalam talian yang semakin meluas.

Namun menurut ABC, jumlah edaran akhbar harian di negara ini masih mampu meningkat sebanyak 8% manakala edaran akhbar mingguan pula berkembang sebanyak 10%.


0 Responses to “Akhbar Melayu tidak dipedulikan di Lembah Klang”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: