08
Dec
07

Banyak jalan rosak akibat turapan tidak berkualiti

SERING kali terpapar di akhbar, kemalangan dan kematian melibatkan motosikal terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.Tidak dinafikan banyak kemalangan berlaku akibat kecuaian. Tetapi ada faktor lain yang turut menjadi punca kemalangan antaranya keadaan dan kualiti jalan raya seperti jalan yang dikorek dan ditimbus semula dengan tidak berkualiti serta tidak kemas dan jalan berlubang. Keadaan ini kerap ‘membahayakan’ penunggang motosikal dan kenderaan lain.

Para penunggang terpaksa berdepan dengan keadaan untuk mengelakkan lubang dan jalan tidak rata yang saya anggap seperti jerangkap samar kepada para penunggang serta pembonceng motosikal.

Semakin banyak jalan di ibu negara dan Lembah Klang bermasalah dan ia cukup menyedihkan warga kota.

Manakan tidak, apabila projek pembaikan jalan dibuat untuk menurap keseluruhan laluan selesai, dalam beberapa minggu akan ada kerja-kerja mengorek jalan yang yang sama (yang baru diturap) atas pelbagai tujuan seperti penanaman wayar elektrik atau paip air.

Kos berjuta-juta ringgit bagi membaiki jalan itu akhirnya tidak membawa faedah malah bermasalah kepada pengguna kerana jalan terus rosak. Jalan tersebut kemudian terpaksa diturap berkali-kali.

Ini merugikan wang rakyat.

Selain itu, jelas menampakkan tiada pemantauan dan penyelarasan di pihak PBT termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kerja-kerja penurapan semula terutama oleh pihak kontraktor tidak berkualiti seperti melepaskan batuk di tangga. Buktinya jalan yang diturap itu akan rosak semula dan isu ini menjadi bahan sindiran warga kota.

Yang menghairankan tiadakah jurutera-jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) atau DBKL akan memantau perkara ini?

Atau mereka hanya tahu meluluskan sahaja tanpa perlu melihat kualiti penurapan semula jalan tersebut.

Walaupun kerja-kerja penurapan semula bukan dibuat oleh JKR atau DBKL serta PBT lain (selalunya kontraktor TNB, Syabas dan Telekom), namun PBT dan JKR perlu diberitahu dan memantau kerja yang dijalankan.

Saya juga hairan setelah lebih 50 tahun negara merdeka, masih banyak penutup lubang (main hole) di atas jalan raya yang tidak rata, tidak seimbang dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Baru-baru ini saya telah ke negara jiran kita iaitu Jakarta, Indonesia. Agak sedih saya melihat para pekerja kontraktornya memperbaiki jalan atau membuat jalan mengguna tulang empat kerat (manual) tanpa dibantu mesin-mesin pembuatan canggih. Tetapi boleh dilihat hasilnya iaitu hampir tiada kelihatan bonggol kecil dan lubang di tengah jalan.

Malah permukaan jalan rayanya amat rata tidak seperti keadaannya di ibu negara kita. Kualiti penurapannya lebih baik. Ini harus dipelajari oleh JKR dan PBT kita.

Mesejnya JKR dan PBT perlu proaktif berbuat sesuatu sebelum ia menjadi lebih teruk. Nilai, tegur dan hukum kontraktor yang tidak menurap dengan baik dan merosakkan jalan.

Kerajaan juga wajar menuntut ganti rugi daripada para kontraktor berkenaan selain menyenaraihitamkan mereka.

Semoga DBKL dan PBT di Lembah Klang amnya akan lebih peka. Jalan yang comot, tidak rata dan berlubang-lubang bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya khususnya motosikal. Ia turut menjejaskan imej PBT berkenaan dan kerajaan.

Tidak guna jika kita mempunyai banyak bangunan pencakar langit dan mahu menjadi bandar raya bertaraf dunia, kalau jalan raya yang merupakan hal asas tidak dapat diurus dengan baik.

– GHAZALI ZAINAL

Bandar Sri Permaisuri,

Kuala Lumpur.


0 Responses to “Banyak jalan rosak akibat turapan tidak berkualiti”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: