08
Dec
07

Makan angin di Jalan TAR – Jangan layan provokasi

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengingatkan semua pihak yang akan jalan-jalan makan angin hari ini di Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan memakai t-shirt Bersih atau baju kuning supaya tidak melayan provokasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab..

Sebelum ini, beliau dan Ketua Penerangan PAS menyeru semua pihak yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih supaya mengajak lebih ramai rakyat Malaysia memakai t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu.

Dalam ceramahnya di Jalan Kebun, Kelang baru-baru ini, Mohamad Sabu menyeru semua pihak yang menentang tindakan mencemarkan pilihan raya dengan ketidakadilan dan taktik kotor supaya keluar beramai-ramai setiap Sabtu dengan memakai t-shirt Bersih atau baju kuning.

“Bukan berdemonstrasi, malah perhimpunan secara aman pun tidak perlu. Hanya keluar beramai-ramai dengan memakai t-shirt Bersih atau baju kuning hanya untuk makan angin, jalan-jalan, makan-makan atau membeli-belah.

“Tapi yang lebih penting, ajak seramai-ramai orang memakai t-shirt Bersih dan baju kuning setiap Sabtu,” katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Ketika berceramah di Markaz Tarbiyyah PAS baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar juga menyeru semua pihak “jalan-jalan, minum-minum, makan-makan dan shopping dengan memakai t-shirt Bersih atau pakaian kuning di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 8 Disember ini”.

“Para penyokong di Kuala Lumpur dan Selangor jangan tunggu ada ketua untuk jalan-jalan cari makan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tanpa risalah, tanpa ceramah,” kata Mahfuz.

Beliau mencadangkan “jalan kekuningan dari Sogo sampai bazar yang boleh tembus ke Masjid India” itu dimulakan seawal pukul 12.45 tengah hari.


0 Responses to “Makan angin di Jalan TAR – Jangan layan provokasi”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: