10
Dec
07

Etika professional journalisma dicemari!

06-12-2007 10:26:40 AM

SALAM sejahtera kpd editor mstar !

Izinkan saya berikan pandangan tentang laporan media massa tidak kira elektronik atau media cetak sejak berlakunya perhimpunan aman pada 25hb Nov ’07 anjuran Hindraf. Kebanyakkan kaum india telah hilang keyakinan dan kepercayaan pada akhbar-akhbar kerajaan dan yg sewaktu dengannya.

Kini telah terbukti kebenaran dan “fair play” hanya ada dari maklumat yg diperolehi dari internet, terutamanya dari blog site atau laman web “independant news”.

Dari apa yang saya teliti dalam tajuk-tajuk berita dibawah yg dimuatkan di mStar online , kesemuanya membuktikan bahawa berita-berita ini adalah cuma propaganda kerajaan untuk mengelirukan rakyat jelata dan berat sebelah (partial).

Soalnya disini , kenapa laman mStar online tidak sertakan keterangan atau pendirian pihak Hindraf. Juga kenapa mStar online tidak melaporkan perasaan atau sentimen kaum india sendiri yang dipercayai hadir berjumlah lebih dari 100,000 orang yg sanggup bertahan keganasan pihak berkuasa menghalang perhimpunan aman tersebut.

Saya tidak faham kenapa mStar online sanggup memaparkan sehingga lima artikal yang berbaur pro-umno TETAPI TIDAK memaparkan isu sebenar disebalik perhimpunan aman anjuran Hindraf ini.

Kenapa TIDAK diselitkan pandangan penganjur atau penasihat mereka mengenai tindakan kerajaan yang dikira “unprovoked attack” terhadap peserta-peserta aman yg mengambil bahagian pada hari tersebut?

Sudah tentu banyak persediaan dan persoalan yang ditimbulkan oleh pihak penganjur malah banyak juga kes-kes yang ditanggani oleh mereka sebelum ini yang memerlukan perhatian kerajaan dan kesemua rakyat Malaysia.

Saya sedih melihat etika professional journalism dicemari melebihi batasan imaginasi minda manusia dalam isu Hindraf ini.

Yang sebenarnya kesal,
mystiq@yahoo.com


0 Responses to “Etika professional journalisma dicemari!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: