Archive for December 29th, 2007

29
Dec
07

Kenapa Kementerian Pelajaran tidak kembali pada persoalan utama?

Mohd Azmi Abdul Hamid
Sat | Dec 29, 07 | 11:33:23 am MYT

TERAS kesal dengan dasar pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran yang masih terus berdalih dengan pencapaian peperiksaan yang dianggap sebagai asas sama ada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diubah atau tidak.

Mengikut pihak Kemenerian, dengan alasan ada petanda keputusan PMR 2007 menunjukkan prestasi pelajar yang semakin baik dalam PPSMI menyebabkan dasar pengantar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sepatutnya terus disokong. Continue reading ‘Kenapa Kementerian Pelajaran tidak kembali pada persoalan utama?’

Advertisements
29
Dec
07

Rungutan yang tiada nilai disisi pemerintah – Di mana harga suara Melayu?

Mohd Azmi Abdul Hamid
Thu | Dec 27, 07 | 9:31:10 am

Di kala isu tuntutan sebuah kaum di negara ini mendapat perhatian dan liputan luar biasa, kami bertanya apakah suara bangsa Melayu yang sudah sekian lama diketengahkan tidak diendahkan?

Kami tidak bermaksud untuk menegangkan keadaaan yang sedia panas , tetapi jika benar pihak kerajaan peka dan mengambil berat terhadap semua kaum di negara ini kenapa ada perbezaan layanan tatkala kaum Melayu ingin membuat tuntutan yang sebenarnya jauh lebih manasabah dan rasional dari apa yang dituntut oleh kaum yang sanggup membawa isu dan mencela Negara ke peringkat antarabangsa.

Ternyata kita terkejut dan terpaksa terus menyuarakan bantahan terhadap tuntutan mereka terutama bila mereka beralasan yang keterlaluan, bahawa ujud ‘etnik cleansing’ yang berleluasa di Negara ini dan adanya penindasan terhadap kaum mereka.

Walaupun seperti yang telah diungkapkan oleh banyak pihak bahawa hujah mereka sangat melampau bukan sahaja dari sudut fakta malah dari sudut realiti harian yang dapat kita lihat di Negara ini, namun mereka berjaya menarik perhatian pucuk pimpinan Negara untuk tunduk kepada kehendakkan mereka. Continue reading ‘Rungutan yang tiada nilai disisi pemerintah – Di mana harga suara Melayu?’

29
Dec
07

Siasatan kehakiman terhadap pembunuhan Benazir


Suami Allahyarham Benazir, Asif Ali Zardari (berkopiah) dan anaknya, Bilawal (kiri) mengusung keranda Benazir bersama orang ramai (Foto AFP)

Siasatan kehakiman terhadap pembunuhan Benazir
29-12-2007 12:24:36 PM KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kerajaan sementara Pakistan Mohammedmian Soomro hari ini mengarahkan supaya satu siasatan kehakiman diadakan bagi menyiasat insiden pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto di Rawalpindi, Pakistan, semalam.