29
Dec
07

Rungutan yang tiada nilai disisi pemerintah – Di mana harga suara Melayu?

Mohd Azmi Abdul Hamid
Thu | Dec 27, 07 | 9:31:10 am

Di kala isu tuntutan sebuah kaum di negara ini mendapat perhatian dan liputan luar biasa, kami bertanya apakah suara bangsa Melayu yang sudah sekian lama diketengahkan tidak diendahkan?

Kami tidak bermaksud untuk menegangkan keadaaan yang sedia panas , tetapi jika benar pihak kerajaan peka dan mengambil berat terhadap semua kaum di negara ini kenapa ada perbezaan layanan tatkala kaum Melayu ingin membuat tuntutan yang sebenarnya jauh lebih manasabah dan rasional dari apa yang dituntut oleh kaum yang sanggup membawa isu dan mencela Negara ke peringkat antarabangsa.

Ternyata kita terkejut dan terpaksa terus menyuarakan bantahan terhadap tuntutan mereka terutama bila mereka beralasan yang keterlaluan, bahawa ujud ‘etnik cleansing’ yang berleluasa di Negara ini dan adanya penindasan terhadap kaum mereka.

Walaupun seperti yang telah diungkapkan oleh banyak pihak bahawa hujah mereka sangat melampau bukan sahaja dari sudut fakta malah dari sudut realiti harian yang dapat kita lihat di Negara ini, namun mereka berjaya menarik perhatian pucuk pimpinan Negara untuk tunduk kepada kehendakkan mereka.

Malah pihak Perdana Menteri yang memberi isyarat supaya tuduhan ke atas 31 anggota mereka yang awalnya didakwa dengan jenayah berat iaitu cuba membunuh seorang anggota polis, digugurkan sendiri oleh Peguam Negara. Suatu prisiden yang bersejarah.

Akan tetapi ditengah-tengah perbahasan yang hangat itu, adakah kita lupa betapa banyak keresahan dan sungutan bangsa Melayu nampaknya semacam tidak bererti malah tidak mendapat liputan dan layanan seperti itu dalam media berbahasa Melayu sendiri jauh sekali jawapan yang tuntas dari PM sendiri.

Pada hal yang dituntut adalah ditujukan kepada pemimpin-pemimpin orang Melayu sendiri.

Ternyata ujud suatu ironi yang sangat pelik. Sementera pihak yang berwewenang sangat sensitif dan segera memberi reaksi terhadap tuntutan mereka, suara Melayu yang menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang sedia ada untuk membela nasib orang Melayu yang tertindas dan terpinggir tidak diendahkan.

Dalam hal ini tidak keterlaluan jika kami menganggap bahawa ujud semacam sebuah diskriminasi kepada bangsa Melayu sendiri tanpa disedari. Cuba lihat beberapa realiti berikut;

1. Masyarakat Melayu menuntut agar pengantar bahasa Inggeris untuk pengajaran Matematik dan Sains segera dikembalikan kepada bahasa Melayu. Suara ini datang bukan dari orang biasa malah dari golongan cendikiawan. Malah suara ini diungkapkan dalam perhimpunan parti pemerintah sendiri. Alasan bahawa negara perlu mendidik rakyatnya menguasai ilmu melalui menekankan bahasa Inggeris sudah dihujahkan dengan sangat menyakinkan bahawa hal ini tidak benar. Akan tetapi pihak berkuasa terus menolak tuntutan tersebut dan berbelanja jutaan ringgit untuk melaksanakan dasar yang bercanggah dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kini natijahnya sudahpun semakin nyata . Kemunduran anak Melayu terutama di sekolah desa akibat tidak dapat mengikuti pelajaran Matematik dan Sains semakin terbukti.

2.Masyarakat Melayu juga menyuarakan kedudukan hartanah Melayu yang kini dihimpit oleh pembangunan. Tanah milik orang Melayu menjadi sasaran pengambilalihan oleh pihak kerajaan bagi pihak pemaju. TRM (Tanah Rizab Melayu) terus mengincup apabila tanah Melayu diambil untuk memberi laluan kepada pembangunan yang menyisehkan bangsa melayu sendiri. Malah banyak TRM yang tidak diganti sedangkan ia suatu keperluan dalam Perlembagaan Persekutuan.

3.Sistem meritokrasi yang telah menghentikan pertimbangan kuota Melayu dalam kursus-kursus kritikal di IPT, kini telah mengakibatkan bilangan pelajar Melayu sudah menurun. Suara beberapa pihak ahli akademik Melayu yang meneliti ujudnya tren yang merugikan bangsa Melayu juga tidak diendahkan oleh pihak berkuasa. Atas nama persaingan sistem ini dipaksakan ke atas orang Melayu walaupun ada cara lain yang boleh dilaksanakan agar orang Melayu tidak terus terpinggir.

4.Masyarakat Melayu juga gusar dengan dasar pemberhentian bantuan per kapita kepada SAR (Sekolah Agama Rakyat) yang diganti dengan pengambilalihan melalui skim Sekolah Bantuan Kerajaan. Akan tetapi kehendak sekolah agama yang mahu berrjalan sendiri terus dinafikan dari bantuan kewangan padahal pelajar yang berada di SAR adalah 100 peratus orang Melayu dan terbukti ada SAR yang cemerlang walaupun diuruskan sendiri oleh pihal lembaga masing-maisng. Kini segala bentuk kemudahan dan bantuan hanya disalurkan kepada sekolah yang berdaftar sebagai sekolah bantuan kerajaan dan menafikan hak ratusan ribu pelajar yang mahu belajar di SAR yang bebas untuk mendapat kemudahan seperti pengecualian yuran peperiksaan , permohonan ke sekolah berasrama penuh dan skim pinjaman buku teks.

5.Sementara itu masyarakat Melayu sangat gusar dengan betapa banyak lesen dan permit hiburan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sendiri yang mengakibat generasi muda Melayu terjebak dengan acara hiburan tanpa henti semada dalam acara konsert mahupun dalam media massa seperti TV. Sudah berapa banyak aduan dan suara bantahan diungkap untuk pihak kerajaan segera memberhentikan acara-cara konsert dan hiburan yang melampau malah pernah ditergur oleh mufti sendiri. Namun ternyata suara orang Melayu tidak diambil peduli bilamana pemerintah yang mahu sikap liberal diutamakan dari terlalu terikat dengan agama.

6.Bila bangsa Melayu melahirkan suara bantahannya terhadap kumpulan yang biadap terhadap Islam dan institusi Islam di negara ini , orang Melayu dingatkan agar jangan fanatik dan bersikap esktrim. Padahal orang Melayu hanya mahu agar maruah agama dan bangsa tidak dipersenda oleh orang lain. Isu IFC dan Artikel 11 yang cuba diungkit oleh pihak yang tidak mahu Islam menjadi asas penting di negara ini terutama untuk bangsa Melayu dengan biadap mengguna saluran undang-undang untuk menggugat aqidah bangsa Melayu. Akan tetapi pihak berkuasa lebih mahu menjaga perasaan kumpulan mereka berbanding mendengar keresahan bangsa Melayu.

Demikian, ini adalah hanya sebahagian sahaja dari rungutan orang Melayu yang tidak punya harga disisi pemerintah. Yang nyata pihak berwewenang tidak melihat suara bangsa ini perlu diambil perhatian serius.

Kami merasakan sebenarnya ujud diskriminasi yang lebih serius kepada bangsa Melayu . Hanya kerana pihak pemerintah merasakan bahawa orang Melayu tidak punya masalah besar untuk terus setia dengan status quo yang ada, maka mereka tidak merasa terlalu perlu mendengar rintihan bangsa Melayu berbanding dengan bangsa lain. Yang nyata, perhitungan mereka adalah semada kuasa politik dapat terus dikekalkan walaupun hak bangsa sendiri diketepikan.

Kami menggesa supaya hal ini diperhatikan dengan seserius mungkin. Tanda bahawa orang Melayu sering terlalu mengalah bila membuat tuntutan hanya kerana kita mahu bertolak ansur dengan kaum yang lain nampaknya telah melahirkan situasi yang sangat janggal.

Soalnya apakah beberapa tuntutan seperti yang dinyatakan diatas akan menimbulkan rasa tidak senang dikalangan kaum. Walhal kebanyakan tuntutan itu adalah tuntutan yang tidak ada kena mengena dengan hak mereka.

Setiap pihak yang menpunyai senstiviti yang tingggi untuk memastikan agar bangsa Melayu tidak akhirnya merempat ditanah sendiri, maka kami mengharapkan sikap kritikal dan tegas dizahirkan dalam memastikan kedudukan bangsa tidak terpinggir atas nama pembangunan .

Semua badan-badan Melayu perlu segera bangkit dari kelalaian yang akan mengakibatkan anak bangsa terus tercicir dari arus dan gelombang tuntutan bangsa lain.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS – mr
26 Disember 2007


0 Responses to “Rungutan yang tiada nilai disisi pemerintah – Di mana harga suara Melayu?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: