Archive for January 10th, 2008

10
Jan
08

Pilihlah Menteri yang berkelayakan bukan yang suka berangan!

08-01-2008 10:35:25 AMPELIK, musykil dan kelakar bila minyak masak kehabisan stok. Macam biasa pelbagai alasan diberi oleh kementerian yang berkaitan. Pengguna panik (beli banyak untuk buat stok), pengusaha sorok bekalan juga penyeludupan.

Secara tak langsung jelas menunjukkan penguatkuasaan kita terlalu lemah,dangkal dan boleh dikatakan tidak buat kerja. Buat Shafie Afdal bangunlah daripada tidur yang terlampau lama. Jangan hanya berbangga sebagai Menteri KPDN & HEP tetapi tiada apa yang anda telah usahakan.

Setiap kali berlaku masalah Shafie selalu salahkan keadaan juga pengguna. Kes diesel dulu, kata diesel kita murah, berlaku penyeludupan tapi bila harga diesel naik, kes diesel senyap terus.Takkan kes minyak masak ni alasannya sama juga. Continue reading ‘Pilihlah Menteri yang berkelayakan bukan yang suka berangan!’

10
Jan
08

PAS berangan Mat Jenin

10-01-2008 12:58:03 PM
Oleh SA’ODAH ELIASPETALING JAYA:  Harapan PAS untuk memerintah sekurang-kurangnya di empat negeri hanya angan-angan Mat Jenin yang tidak akan kesampaian, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Usahkan hendak tambah jajahan, katanya, malah beliau yakin Barisan Nasional akan dapat merampas semula Kelantan daripada PAS. Continue reading ‘PAS berangan Mat Jenin’

10
Jan
08

Kontroversi Maya Karin: Kelantan mulai hati-hati

10-01-2008 07:58:49 PMKOTA BAHARU:  Kerajaan negeri Kelantan menegaskan mereka tidak serik untuk menjemput artis ke negeri itu walaupun isu kedatangan seorang pelakon baru-baru ini telah dipolitikkan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Negeri, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya bagaimanapun akan lebih berhati-hati bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang. Continue reading ‘Kontroversi Maya Karin: Kelantan mulai hati-hati’