Archive for January 14th, 2008

14
Jan
08

Di Mana SHARLINIE

14
Jan
08

Apabila Tun Dr Mahathir bersuara………..

Suka atau pun tidak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang personaliti yang tidak mudah diketepikan begitu sahaja. Sejak bersara dan menyerahkan kepimpinan Negara kepada PM Dollah Badawi, beliau acapkali terbit dengan kritikkan dan teguran tajam terhadap pentadbiran yang ada, dan ini sering menggusarkan pihak yang berpusat di Putrajaya.

Ada yang mengatakan Suruhanjaya Diraja yang akan menyiasat pita video VK Lingam kelak, merupakan satu usaha untuk mengalih tumpuan Tun dan nanti akan memaksa beliau menghentikan apa sahaja serangan terhadap kerajaan Dollah kerana ianya menganggu prospek BN dalam pilihanraya nanti. Apabila beliau sibuk di sana, dan pembabitan beliau dianggap serius maka beliau dikira telah dimusnahkan dan tidak lagi merupakan ancaman pada Dollah. Benarkah begitu?

Continue reading ‘Apabila Tun Dr Mahathir bersuara………..’

14
Jan
08

Pakar Sahkan Suara Dato VK Lingam Dalam Klip Video

Berita Oleh reformasi_muda

LingamKUALA LUMPUR: Ujian pakar mengesahkan suara peguam dalam rakaman klip video mengandungi perbualan telefonnya dengan seorang hakim kanan yang dikatakan bagi mengatur pelantikan hakim, adalah milik Datuk VK Lingam.

Sumber memberitahu, pengesahan itu dibuat selepas dua hari analisis dijalankan oleh pakar suara di sebuah makmal persendirian di Madrid, Sepanyol minggu lalu.

“Hasil penemuan teknikal ini dijangka dihantar kepada Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video berkenaan menerusi seorang saksi yang dijangka esok (hari ini),” katanya di sini, semalam.
Continue reading ‘Pakar Sahkan Suara Dato VK Lingam Dalam Klip Video’