17
Feb
08

Peningkatan jumlah pemilih tidak munasabah – Presiden PAS

Helmi Khalid
Sun | Feb 17, 08 | 11:32:10 am MYT
SUNGAI PETANI, 17 Feb (Hrkh) – Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa sangsi terhadap jumlah pengundi yang terlalu ramai di catatkan di seluruh negara khususnya di beberapa negeri termasuk di Terengganu.”Terengganu mencatatkan jumlah pengundi sekitar 550,000 pengundi, hampir separuh dari jumlah keseluruhan rakyat Terengganu, ini pelik; berlaku di Perak di mana sejumlah 13,000 nama pengundi diletakkan di beberapa tempat, maksudnya nama mereka ada di banyak tempat; 13,000 bukan sedikit, ini juga tak sepatutnya berlaku,” ujar beliau lagi.

Ustaz Hadi berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang akhbar sempena lawatan beliau di Sungai Petani dalam siri Jelajah Presiden ke Kedah, kelmarin.

Tambahnya, pengumuman SPR bahawa terdapat lebih 10 juta pengundi tersenarai dalam daftar pemilih di seluruh negara, iaitu lebih 1/3 dari jumlah rakyat Malaysia, boleh dipertikaikan kerana ia jumlah yang terlalu besar.

“Ini adalah tanda-tanda awal penipuan akan terus diamalkan oleh SPR; di Kedah mereka masukkan sebanyak 1,031 pengundi pos di Dun Belantek, Sik; kem yang besar sedikit pengundi, kem kecil lebih ramai, nama mereka juga tak ada dalam proses pameran, penipuan sudah berlaku,” tegas beliau.

Menjawab soalan pemberita tentang ura-ura beliau mahu bertanding di Kepala Batas, beliau menjawab:

“Saya tak ada tempat di Terengganu atau dia (Presiden Umno, Abdullah Badawi) yang takut hilang banyak undi kalau saya lawan di Kepala Batas,” kata Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sambil tersenyum.

Bagaimanapun jelasnya, beliau akan bertanding di kawasan yang diputuskan oleh parti dan bukan ditentukan oleh mana-mana pihak termasuk Abdullah.

Sementara itu di Sungai Petani, Ustaz Abdul Hadi menghadiri Himpunan Rakyat di Kampung Berapit, Tikam Batu kemudiannya berdialog bersama wakil masyarakat Cina dan India di Taman Sejati Indah, Sungai Petani.

Dalam perkembangan berasingan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di Tanah Merah Pendang menghadiri majlis Hi-Tea dengan rakyat berbilang kaum.

Timbalannya, Dato’ Dr. Haron Din turun padang bersama rakyat di Kubang Pasu. – tajdid


0 Responses to “Peningkatan jumlah pemilih tidak munasabah – Presiden PAS”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: